Mengapa dia jua yang kau suka..mengapa dia juga yang kau cinta..
Daku yang setia bersamamu tak pernah dikau rasa kehadirannya..
Sedangkan daku punya cinta yang membara untuk bersama..
Apakah kurangnya daku jika dibandingkan dengan sidia..
Apakah kerna dia punya rupa paras maka dialah segalanya..
Yang bisa buat dikau tergoda, maka diriku umpama tiada makna..
Siapalah daku dibandingkan dengan sidia , tiada rupa tiada harta..
Tapi daku punya hati ,perasaan dan rasa cinta terlalu tinggi nilainya..
Apakah dikau tak rasa sedikit pun rasa cinta yang membara..
Butakah dirimu atau sengaja menyakitkan hati ini yang sudah terseksa..
Oh..sayang mengapa daku yang terasa kecewa dan bukannya dia..
Apakah kesetiaan yang ku hambarkan padamu sedikit pun tiada makna..
Terharu kala daku melihat dirimu bermesra dengan sidia..
Pedih tak terkata hati ini merana dan sengsara..
Teganya dirimu tidak mempedulikan diri ini hanya nampak sidia sahaja..
Alangkah indahnya andainya daku ditempat dia memadu mesra bersama..
Bermesra denganmu bahagia sekali itu yang ku rasa di dalam dada..
Apakah dikau buta atau sengaja tidak perasaan hatiku yang terluka..
Atau sengaja sakitkan hati ini kerna dia yg dikau puja-puja..
Pedih terasa menikam jiwa membakar jasadku menjadi lebur tak bercahaya..
Tidakkah dikau tahu yang daku begitu sengsara dan kecewa serta merana..
Oh..dunia mengapa daku yang merasa semua ini bukannya sidia..
Perampas cintaku yang kudamba hingga kehujung dunia..
Kasih kembalilah kepadaku semula bahagiakan hati ini dari berduka..
Apa yang pasti cintaku membara hingga tak terbatas walaupun diseka.
Nukilan : Suee Rhria
Photo : Suee Rhria
No comments:
Post a Comment