Wednesday, December 7, 2011

DAKU TAK LAYAK MENJADI KEKASIHMU



Rintik-rintik hujan menimpa bumi..
Mendung kelam berarak sepi menutup alam semesta ini..
Camar berterbangan lari menyelamatkan diri..
Daku disini seperti insan yang kehilangan arah diri.


Sayang..maafkan daku kerna tidak bisa menjadi kekasihmu..
Sayang..daku sedar siapalah daku disisimu..
Sayang..izinkan daku mengundurkan diri demi kebahagiaanmu..
Sayang..jangan dikau sangsi akan segala tindakan daku..


Mengapa daku sanggup begini..sanggup kecewa demi kasih suci.?
Sememangnya daku tak boleh menjadi seperti yang dikau harapkan selama ini..
Mungkin salah ku jua kerna tak betah mengikut seiring jalan denganmu..
Bukan ku tak mencuba..bukan ku tak berusaha..


Cuma masa tidak menyebelahi diri ini untuk terus bersama denganmu..
Dikau lelaki hebat dimataku..lelaki yang paling baik pernah ku miliki..
Tapi daku tak layak untuk seiring denganmu membelah pantai yang bergelora..
Berperahu di alam syurga kerna daku tahu dimanakah kelebihanku selama ini..


Janganlah dikau sangsi akan diri ini..SETIAku masih tetap di dalam hati..
Cuma daku tak mahu dikau terasa kekurangan kala punya teman sepertiku..
Carilah penganti lain yang bisa memenuhi apa yang dikau mahukan..
Gadis yang layak berdiri dan duduk sama denganmu serba punya kelebihan.


Daku akan sentiasa mendoakan dirimu..
Sungguh itu saja yang mampu daku lakukan demi dirimu yang daku sayangi..
Biarlah daku berkorban demi kebahagiaanmu..
Lupakanlah daku...berilah peluang pada insan lain hidup bersamamu..


Jangan dikau seksakan lagi hidupmu dengan  terus menunggu daku..
Penantian yang tak pasti dapat dikau miliki..cuma harapan yang terbukti..
Daku akan membawa diri jauh dari sini..
Jauh dari kenangan abadi yang pernah kita kecapi selama ini..


Buat renunganmu..daku bahagia bersamamu..
Cuma daku terpaksa berpisah denganmu kerna tak mampu..
Tak mampu menjadi seperti yang dikau harapkan seperti dikau mahukan..
Daku hanya insan serba kekurangan kerna semua itu sudah dikau tahu..


Tapi dikau masih mahu mencuba untuk bersama daku..
Dan kita cuba untuk serasi dalam perhubungan ini..
Tapi setiap kali kita diambang bahagia ..pasti ada saja yang tidak kena..
Dalam masa itulah HATI kita sering terluka tanpa kita minta.


Sampai bilakah harus kita pertahankan sedangkan kita tahu penghujungnya..
Kita sama-sama menyayangi serta mencintai satu sama lain..
Tapi kita tak mungkin dapat merealisasikan hubungan ini hingga ke PELAMIN..
Itulah sebabnya daku bertekad untuk keluar dari hidupmu..


Daku tidak mahu dikau terus terseksa hanya kerna simpati pada diriku..
Daku tahu dan pasti mungkin suatu hari nanti CINTA kita akan bersemi semula..
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya...kerna CINTA kita begitu suci..
Cuma dimasa ini mungkin peluang untuk bersama tidak ujud untuk kita.


Maafkan daku sayang walaupun daku tak rela semua ini terjadi..
Tapi daku tak mampu untuk menolak takdir Ilahi terhadap kita selama ini..
Izinkan daku simpan CINTAmu serta NAMAmu di hati ini..
Buat kenangan serta pembalut luka tika daku sendirian dihujung dunia.

Akan ku simpan jua perasaan ini seketat-ketat yang daku mampu dihati..
Kenanglah daku dalam doamu..Daku tahu bukan mudah untuk dikau..
lepaskan diriku ..tapi kita hanya merancang Tuhan menentukan segalanya..
CINTA tidak semestinya MEMILIKI itu yang perlu kita ketahui.



No comments:

Post a Comment