KATA-KATA BERMAKNA
Rindu sebenarnya tak pernah tidur sebab itu rindu sering hadir tanpa mengira waktu . Malam atau siang tak menjadi hal untuk rindu datang bertandang ke dalam jiwa. Rindu juga tiada mulut untuk menyatakan mengapa rindu itu menjelma. Rindu itu juga tiada mata untuk melihat samada yang dirindu ada didepan mata atau pun tidak. Rindu hanya dapat ditunjukkan oleh jasad insan itu sendiri..dengan kelakuan yg sentiasa gelisah tk menentu, makan tk lalu, tidur tk lena dan mandi tk basah. Andainya anda mengalami simptom seperti ini sudah sah itulah RINDU .
Bahayanya ORANG KETIGA dalam sesuatu perhubungan. Mereka ini ibarat duri dalam daging / gunting dalam lipatan.Putusnya kasih sayang selalunya melibatkan mereka ini. Selalunya mereka ini adalah orang yg paling hampir dalam mengetahui rahsia hidup kita bersama kekasih/keluarga. Ada juga yg datang dari jauh kemudian masuk dalam kelompok kita berpura-pura seolah mereka amat syang/setia/ikhlas untuk mendampingi kita. Kesempatan akan diambil bila kita di dalam bermasalah dengan orang yg tersayang..masa itulah die akan memainkan peranan menjalankan jarum hasutan atau menunggu peluang untuk memecahkan lg sesuatu hubungan yg sedia retak. Jadi waspadalah dengan orang sekeliling yg pd pandangan mata die amat baik dihadapan kita.
Sayanglah sahabat umpama kita sayangkan diri sendiri..mengapa harus begitu.? Kerna nilai persahabatan terlalu tinggi untuk kita cuba tafsirkan. Tanpa sahabat tk lengkap kehidupan seseorang itu umpama cincin dgn permata. Sahabat lebih setia dari seorang kawan. Kadang-kadang sahabat lebih setia dari kekasih kita sendiri. Sahabat juga kadang-kadangsanggup mati kerna sahabat.. Pernahkah kita sedar semua itu.. Bertuah andainya kita mendapat seorang sahabat...tk perlulah ramai cukuplah klu dapat seorang cuma.
Dalam percintaan tiada sempadan untuk menikmati keindahan percintaan itu. Baik cinta terhadap Allah..cinta terhadap Ibubapa(keluarga)..cinta terhadap kekasih. Semua itu menuntut pergorbanan.Pernah anda merasa nikmat cinta pd Pencipta..bila berdepan dengannya setiap waktu..membuat pertemuan 5 kali sehari..Indah rasanya bukan..seperti bersama seorang kekasih yg hebat sekali iatu Allah Yg Maha Esa. Pernahkah anda merasa perasaan cinta itu terhadap insan bernama kekasih..indah sekali perasaan itu..Tetapi ada juga insan yg tidak pernah merasa alam percintaan..dan sudah pasti tk dpt merasakan keindahan perasaan itu.
Sudah ku daki gunung yg tinggi sampai ke puncak kaki tergelincir..lalu terjatuh menuruni curam..terhempas lalu mematahkan seluruh anggota tubuhku hingga menjadi butir-butir pasir ditepian pantai..hanya semangat yg tinggal didasar curam tanpa mampu kembali meneruskan impian ke puncak...akhirnya hasrat terkubur bersama hati yg punah.
Kain sutera dibuat baju kaftan
Untuk dipakai dimajlis istimewa..
Kalau hidup tak berpandukan Al-Quran..
Meranalah hati meranalah jiwa
Kenyataan harapan terindah sudah ada dihadapan ttp mampukah daku mencapai harapan itu..harapan yg penuh dengan lambakan duri-duri ranjau ...yg bisa menikam diri ini..melukakan luka yg telah tersedia luka...luka akan bertambah parah ... andainya tersasar lalu daku rebah ....yg tinggal hanya kenangan terindah.
Sekeping HATI bukan untuk dilukai tapi untuk dijagai dengan kasih sayang..
Sekujur JASAD bukan untuk dikasari tapi untuk dibelai dan dimanja.
Setiap PENGORBANAN bukan untuk dikhianati tapi untuk dibawa ke syurga.
Setiap PERNIKAHAN bkn untuk dibuat mainan tapi untuk lengkapkan fitrah manusia .
Berdiam diri lebih baik dari bersuara..kerna bila bersuara yg rumit bertambah rumit..kadang-kadang pengunduran perlu dibuat untuk meredakan apa yg meruncing ,terbelit dan tersimpul rapi. Pasti ada yg kecewa...tp kadang-kadang itulah jln yg terbaik setakat ini..jalan yg paling mudah...melarikan diri dr suasana yg memeritkan..umpama senyap sepi dipadang gurun yg tandus...
Indahnya alam andai bunga jadi penyerinya..
Indahnya dunia andainya malam sentiasa bercahaya...
Indahnya cinta andainya kesetiaan jadi keutamaannya..
Indahnya wanita andainya berbudi bahasa jadi amalannya..
Indahnya kehidupan andainya agama jadi pegangannya.
Malu biar bertempat..malu sifat yg mulia andai faham istilahnya..Malu melakukan dosa adalah wajar dan kena pd tempatnya..tetapi malu kerna bertanya untuk memperbaiki diri adalah malu yg tidak sepatutnya ada di dalam diri. Tepuk dada tanyalah iman...
Jangan melenting bila ditegur dengan nada lembut..tp melentinglah andai ditegur dengan cara biadap..melentinglah andai rasa teguran itu satu penghinaan tp menerimalah dengan tenang andainya teguran tersebut ke arah kebaikan.Hanya yg buta hati saja tk dapat menilai yg mna satu teguran baik atau tidak. Melenting tk tentu pasal.
Masa yg tinggal sedikit ini..akan daku hargai sampai bila-bila..andai ditakdirkan masa yg berharga ini sampai disini saja...akan kusimpan dengan kemas dilipatan memory buat kenangan abadi..walaupon cuma seketika masih dapat dirasai kemanisannya..umpama melihat bunga berkembang hati gembira sekali.
Sabar sifat yg paling mulia..tanpa kesabaran tak bisa sesuatu itu dapat diselesaikan dengan sempurna..kesabaran juga membuatkan seseorang itu dihargai oleh orang lain. Kesabaran bisa merobohkan benteng kedengkian dan kejahatan orang lain terhadap diri seorang penyabar. Kesabaran juga tunggak kejayaan cinta berakhir kejinjang pelamin..Kesabaran juga bisa melembutkan hati insan yg sekeras batu menjadi cair secair air batu di atas bara.
HATI tak pernah bersuara..HATI hanya memendam rasa..kala sedih..kala gembira. HATI hanya dibantu oleh suara dr mulut untuk menyampaikan isi dalam Hati. HATI tak bisa berdusta seperti mulut yg sentiasa berkata-kata mengikut kesedapan ia berkata. HATI juga tempat tersimpan rasa CINTA yg terjalin diantara manusia. Dari HATI juga bisa merapatkan jalinan kasih antara Dua jiwa antara Teruna & Dara. HATI juga tempat kita manusia memulakan NIAT atau sebarang perkara. Rosak HATI maka celarulah Jiwa manusia itu...kerna itu jagalah HATI yg satu ini demi diri sendiri. Berikanlah HATI itu rasa yg baik2..agar HATI akan terus Mekar, Sihat untuk selamanya.
Sendirian bukan bermakna hidup seorang diri semata2..ttp sendirian bermakna tidak mahu terikat dengan sesiapa buat sementara..Kadang2 sendirian biasa menyenangkan diri kerna bila sendirian hati tk perlu memikirkan hal lain maka jiwa akan rasa tenang & lega..Tak salah sendirian andainya tujuan itu untuk kebaikan. Kdg2 dalam merapatkan diri pd kekasih HATI iaitu Allah..seseorang perlu sendirian mengadap Penciptanya . Jadi tk perlu digusar andainya diri terasa sendirian. Tapi sendirian itu satu keburukan andainya ia membawa kehancuran jiwa membuatkn diri merana. Gunakan sendirian itu dengan sebaik-baiknya.
Ketenangan mampukah dicapai andainya kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya. Berharap ia datang sendiri bergolek pd kita ,bukanlah cara yg sepatutnya kita lakukan dan kita nantikan..Dekatilah diri pd yg Esa..kerna semua ketenangan hanya datang dariNya. Kesungguhan mendekati..mencintai.. menghambakan diri pd yg Esa adalah yg terbaik yg harus kita lakukan..Kita hanya hamba yg lemah dari segalanya. Ubat penenang dari dunia hanya untuk sementara tapi ketenangan dari Yg Maha Esa tenang untuk selamanya. Selagi kita tidak menjauhkan diri serta sentiasa mengingatiNya. Insyaallah KETENANGAN PASTI ADA.
Lemahnya diri bukan kerna tidak makan..ttp lemahnya diri kerna kurangnyaa semangat jati diri. Jangan jadikan alasan lemah untuk tidak berbuat apa-apa..tapi bila di dalam diri ada kelemahan dekatkan diri pd Yg Maha Esa..berdoalah mohon diberi kekuatan diri ..kemudian kuatkn azam untuk bangun dari kelemahan dan seterusnya memantapkan diri semula ..UMPAMA BARU BANGUN DARI TIDO YG LENA...BANGUN CERGASKAN DIRI SERTA MINDA. Barulah apa yg dihajati akan dapat diperolehi setelah singkirkan kelemahan yg bertakuk di dlm diri.
Tiada kesetiaan tiadalah kebahagiaan..tiada rasa hormat tiadalah jalan penyelesaian..Hanya perpisahan jalan terhormat..Yang tersingkir perlu menghayati mengapa ini terjadi..dan yg menyingkir perlukan harga diri demi sebuah nama maruah diri...
Jangan dikejar bayangan yg tk pasti..tp kejarlah sesuatu yg sudah pasti dpt digengam . Dibawa bersama hingga ke alam syurgawi..impian terlaksana seperti yg diimpi.....
Andainya kawan membenci kita..balaslah mereka dengan kasih sayang..
Andainya kawan suka melukakan hati kita...balaslah dengan menghiburkan mereka..
Andainya kawan ragu-ragu tentang kita..balaslah mereka dengan keyakinan..
Andainya kawan berputus asa...berikan mereka sokongan padu ..
Andainya kawan bersedih duka.. berkongsilah segala dengan mengembirakan..
Andainya kawan didalam kegelapan ...kita bawalah cahaya bg meneranginya.
Orang yg bersifat PEMAAF adalah orang yg termasuk dlm golongan insan yg berjaya menahan nafsu AMARAHNYA terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan sakit hati. Insan pemaaf ini bebas dari buruk sangka pd orang lain. Tetapi insan pemaaf ini sering menjadi bahan mainan insan lain. Mereka merasa yg insan pemaaf ini akan sentiasa maafkan kesalahan orang lain apabila kesalahan dilakukan terhadap insan pemaaf ini..Bukan senang mencari insan PEMAAF dlm dunia ini...dari 100 orang hanya 10 saja yg mampu dikategori INSAN PEMAAF.
C.I.N.T.A manusia memang mengasyikkan sering dibuai hingga ke alam nirwana..hingga terlupa andainya terluka/kecewa pedihnya bagai dihiris sembilu serta bisa ditikam kaca..Hati terluka sukar untuk disembuh lagi mengambil masa..Jasad terkulai tidak bermaya akhirnya diri menjadi umpama mayat yang bernyawa...
Bingung adalah satu masalah mental yg sering dihadapi setiap insan dimuka bumi ini. Mengapa ia terjadi..kerna manusia ini tk sempurna ciptaannya sebb itu kekuatan dalam mengawal pemikiran tidak dapat dibuat 100 peratus. Bila BINGUNG... manusia tidak nampak jalan untuk mengatasi masalah bingung itu. Kadang-kadang BINGUNG juga boleh menyebabkan manusia itu berada di dalam dunia khayalan.. kadang-kadang BINGUnG yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan seperti orang bodoh. Jadi jalan penyelesaian dan usaha kena sentiasa mengingati Allah Berzikir banyak-banyak demi membantu hati dan pemikiran dari dirasuki oleh makhluk halus penyebab manusia itu bingung .Moga-moga penyakit bingung ini dapat diatasi melalui resapan ROHANI dalam diri..Insyaallah..
No comments:
Post a Comment