Friday, October 7, 2011

MUTIARA HATI

 
Terima kasih kerna dikau hadir dalam hidupku..Cinta mu mekar mewangi menghiasi taman hati. Tak bisa ku menghindarkan akan kehadiranmu itu walau sesaat pun. Daku pasti dirimu insan yg ku nanti mewarnai hidupku ini. Hidup yg ketandusan melarat bertahun lamanya. Mencari sinar kasih yang tak pernah mengunjungi diri ini walaupon seketika cuma. Takdir Ilahi mengatasi segalanya munculnya dikau menjadi penyuluh kala daku kegelapan..Malam yang suram dikau terangi buatku semata-mata untukku . Dikau karangkan denai-denai bagi daku menyusuri menuju ke syurga abadi. Indahnya kasihmu.. Membuatkan daku terkedu tertunduk malu lantas mengiyakan akan kehadiran cintamu dilubuk hatiku. Tanpa kasih sayangmu mungkin kini daku masih dibelenggu oleh warna-warna suram yg mengepung diri ini. Mungkin dikau ditakdirkan menjadi milikku buat selama-lamanya. Syukur padamu Ilahi kerna Engkau mengirimkan seorang penyelamat hatiku yang kelam lagi penuh mendung kelabu..
 
 
Dalam beribu mengapa dikau cari daku..apakah yg daku ada hanya sekeping hati yg sudah lama membeku. Mengapa dikau tk putus asa..tak penah jemu memujuk hati yang keras ini umpama macam batu permata. Apa ditunggu lagi terbanglah bersama kelip-kelip dihujung senja moga-moga dikau akan ketemu insan yg baik serta mulia. Jangan membuang masa menunggu , umpama menunggu sekuntum bunga entah bila ia akan kembang mekar, tapi carilah bunga yang sedang mekar untuk di petik disimpan dijambangan hatimu. Pilihlah jalan terbaik buatmu membina kebahagiaan dan jangan berharap pada yang tidak pasti....Bukan daku membencimu. bukan juga tak sudi.. tetapi hati masih ingin sendiri.




Mengapa bahagia datang sekarang..mengapa tidak dari dulu lagi..Mengapa hadirnya dia tika daku dalam kesempitan memilih jalan sendiri..Mengapa tidak dulu lagi menjelma dan daku tak akan dalam keadaan begini..Mengapa semua ini harus terjadi kala diri ingin bahagia..Bertahun memendam rasa..tiba masa hati berbunga cinta..halangan berduri menyekat semua ini..Mengapa harus kuterima ini.. Mengapa bahagia tidak terus daku miliki..melayari impian hati yang telah lama mati..mengapa ...mengapa....mengapa... YaAllah mungkin ini ujian buat hambamu yg lemah.. daku tk patut mempersoalkan MENGAPA..ini semua menguji diriku setabah manakah diri ini..seteguh manakah pendirianku terhadap Mu..serta menguji kesetiaan ku pada kasih ibu..serta menguji kesetiaan kasihku pd yg amat kukasihi... Segala yg terjadi harus daku terima walaupun hati pedih dan sengsara. Mungkinkah ada kesempatan daku memiliki sidia..?????? MUNGKINKAH.....
 
 
Perjuanganku hampir terhenti..perjuanganku mula terasa goyah..andainya daku tewas dahulu..izinkan daku tinggal di dlm memori buat menampal rindu dihati... Andainya daku tiada lagi..kuatkan semangatmu..cekalkan hatimu..binalah harapan baru bersama insan lain. Tak ku meminta..tak ku mengharap..perjuangan ku ini ku lihat semakin kabur dn semakin jauh..Rasa perjuangan ku ini sia-siaa saja..Itu yang mampu ku kata. Daku hanya insan yg lemah...Daku berserah pada Yang Maha Esa..kerna hanya Dia yang mampu mengubah segalanya.
 




Fikiran tak pernah diam menyepi..fikiran tak pernah matikan diri..fikiran sentiasa membuka mindanya berfikir..dan terus berfikir... Fikiran juga sentiasa membayangi sesuatu yg terjadi sama ada datang dalam keadaan sedih,kecewa, gembira serta bahagia..kadang-kadang fikiran yang terlalu memikir sesuatu bisa terhenti berfikir secara waras..Lebih banyak berkhayal dari menghadapi dunia realiti. Fikiran mudah diracuni menjadikan ia serba tidak keruan menghadapi kehidupan yang dilalui. Fikiran menjadi amat berharga andai apa yg difikirkan bisa membawa kebaikan pada empunya diri.
 
 
JANJI satu ikatan yg termetri antara dua pihak..kerna JANJI sesuatu yg sukar diterima terpaksa diterima dan ditunaikan atas kerna JANJI. Janji tk boleh dimungkiri serta dikhianati kerna JANJI adalah amanah yg dibuat atas kata2 antara dua pihak. Kadang-kadang JANJI dibuat antara mulut sahaja dan kadang-kadang dibuat atas sekeping kertas. JANJI juga kadang-kadang boleh bawa kebaikan kerna dengan adanya JANJI sesuatu itu pasti ditunaikan dengan baik.. Kadang-kadang JANJI juga boleh jadi mudarat andainya perjanjian itu berat sebelah.
 
 
Perpisahan memang menyakitkan..perpisahan memang melukakan hati..jiwa.. sanubari serta jasad itu sendiri . Bukan senang menghadapi kekecewaan bila berpisah dengan insan tersayang , Samada ibubapa/keluarga atau kekasih. Perpisahan antara kekasih memang sering berlaku kerna tidak ada sefahaman atau kecurangan atau rintangan keluarga. Pedih untuk melaluinya..sukar untuk bangun dari kesedihan..Hanya pd Yang Maha Esa tempat mengadu segala.. Tanpa-Nya kadang-kadang yang dilanda perpisahan bisa mengalami tekanan jiwa dan akan semakin parah andainya tidak dibantu oleh sesiapa. Kesabaran yang tinggi mampu mengembalikan jati diri serta sokongan padu orang terdekat adalah amat diperlukan.
 
 
Kenali diriku sebelum membuat andaian..bila sudah tahu siapakah diriku..barulah boleh dihampiri malah boleh menjadi sahabat sejati andai ada keikhlasan dihati. Persahabatan memerlukan jati diri tak perlukan janji-janji yang tak pasti. Yang penting hargailah persahabatan yang mulai termetri. Andainya rasa sangsi undurlah diri jangan dipaksa untuk terus menghayati sebuah persahabatan yg terjalin murni. Tanpa keikhlasan sejati siapalah diri ini...hanya insan biasa yg tak punya apa-apa kelebihan yang harus dihayati. Hanyalah sekeping hati yang punya harga diri sebagai insan yg lemah disisi Ilahi.
 
 
Penat berdiri...harus mencari kerusi sama juga dengan BERCINTA. Penat bercinta relekslah pula. Jangan dipaksa diri berlumba-berlumba..mencari cinta segera. Bukan tak boleh bukan tak iya cuma ambiklah masa untuk merehatkan minda. Berlagaklah seolah-olah tidak ada yang tak kena. Berfikir dan bertindak bila sudah tiba masanya. Jangan ditunding jari mengata sesama kita..siapa yang curang punca segala .Tapi terimalah segalanya dengan penuh takwa di dada. Jangan dibimbangkan andainya masih tiada sesiapa kerna Allah masih setia bersama-sama selagi diri tak lupakan tugas sebagai hamba-Nya.Yang pasti CINTA dahulu Allah Yg Maha Esa kerna Dia tk penah berdusta dan tidak pernah meminggirkan umat-Nya dengan sengaja.
 
 
JAUH bukan alasan untuk kita tidak bahagia..malah kerna jauh kita dapat merasa kerinduan yg bisa mengamit jiwa. JAUH bukan alasan untuk tidak setia pd cinta kita..malah jauh lebih bisa membuatkan hati bertambah setia serapat mungkin. JAUH bukan alasan untuk kau menghindarkan diri..malah jauh bisa membuatkan kau semakin ingin mendekati diri ini. JAUH bukan alasan cinta kita tidak diakhiri dgn ikatan..malah kerna jauh semakin ingin ikatan dilakukan segera .Jangan kerna JAUH cinta dianggap tidak menjanjikan apa-apa..segala kemudahan mudah diperolehi..jalinan kasih dpt dieratkan dengan TALIAN HELLO , yang pasti semua kehendak Ilahi. .
 
 
 Cinta itu satu perjuangan..cinta itu satu kesakitan..cinta itu satu penyembuhan..cinta itu satu ketaatan..cinta itu satu kemuliaan..cinta itu satu penyeksaan...cinta itu satu kenikmatan..cinta itu satu pengorbanan.. Hanya yang tahu erti cinta bisa memahami erti cinta yg sebenar..............
 




Kamu adalah anugerah yg paling bermakna buat insan bernama ibuayah.. kamu adalh tanda kasih sayang suci..antara ibuayah kamu. Tinggalnya dirimu diperut ibu selama 9 bulan 10 hari , bila tiba masanya lahirlah dirimu..Lahirnya kamu ke dunia ini memang dinanti penuh debaran dan penuh kasih syang. Tanpamu hidup ibuayahmu takan lengkap , takan seceria seperti mentari terbit diawal pagi. Resah menunggumu bak menunggu permata jatuh dari langit. Itulah kamu kurniaan Ilahi .





Cemburu itu kasih..cemburu itu sayang..Tanpa cemburu tidaklah sempurna sebuah ikatan lebih-lebih lagi ikatan dua jiwa . Cemburu maknanya mengambil tahu hal pasangannya..Tapi kalau cemburu terlebih sangat dikira cemburu membabi buta.. cemburu tak kena gaya..cemburu tak de mata. Akibatnya cemburu buta ini bisa meruntuhkan ikatan yang sedia ada (kekasih) serta bisa merobohkan istana bahagia (suami&isteri). Tak salah cemburu tapi biarlah berpada-pada. Tanpa cemburu pasangan rasa tidak dihargai kerna itu mesti ada sikap cemburu asalkan cemburu itu bertempat dan kena pd masanya. Takut pulak tanpa cemburu pasangan dikebas orang. Akhirnya diri merana kerna terlalu pecaya lansung tak de sikap cemburu , akhirnya pasangan mengambil kesempatan untuk berlaku curang..
 




Kecewa ditinggalkan memang pedih & sakit sekali..memang mudah orang lain berkata sabar..tapi yang menangungnya yang merasa semua itu. Kecewa akan dihadapi bila menjalinkan kasih .. Berani berkasih berani jua menghadapi segala kemungkinan yg bakal terjadi. Jangan terus berfikir ingin menamatkan diri bila kecewa menyelubungi diri. JANGAN..JANGAN..JANGAN.. fikir mati hanya kerna cinta yang tak kesampaian..JANGAN SEKALI.. Tapi ingatlah mati kerna takutkan azab dari Allah.. Bantuan diperlukan kala kesedihan..carilah..penguat diri..dekatilah diri pada Pencipta moga fikiran bercelaru dapat diatasi. Kekuatan diri semakin meninggi dan kita pasti redha dengan apa yang telah terjadi.. Disaat itu kita harus berfikir..mungkin ada hikmah disebalik semua yg terjadi ini.. Mungkin selepas itu ada yang lebih baik menanti asalkan diri bersabar dengan dugaan yang Allah beri.

 



Kalaulah dapat diputarkan balik masa yang terlepas itu pastinya dapat mengubah semula apa yang terlepas sekarang ini saat-saat bahagia yg sementara cuma..tapi semua itu takan MUNGKIN terjadi. Andainya ada pun Keajaiban dari Ilahi yg mengubah perancangan yang ditetapkan oleh manusia itu. Manusia sekadar merancang tapi Allah yg menentukan semua itu.
 





Ceria dalam gundah..ketawa dalam kesedihan..menghitung hari-hari bakal dilewati sebelum berakhir pergi jauh dari destinasi. Pasti impian menjadi fantasi bukan realiti seperti yang diimpikan lagi. Penat menerjah awan..penat menongkah arus..badai tetap mengila meranapkan segala impian di kalbu ini. Rasa tak mampu lagi bertahan impian menjadi debu seterusnya hilang disebalik awan. Apa yang pasti kena bersiap diri membawa diri ke tempat yang paling dibenci tempat yang pasti mengecewakan hati serta sanubari. Mengapa ini terjadi..mungkin ini yg tercipta sejak azali terpaksa dilalui walaupuna perit menghiris hati. Membakar jiwa hingga tidak kelihatan lagi..............





Sayangilah saudara sedarah sedaging seibu sebapa .Memutuskan hubungan adik beradik umpama mencincang air tkan putus. Biar bertahun tidak bertegur sapa biar tidak datang bertandang kerumah bertahun lama ..tetapi hubungan darah tetap ada dan tak mungkin dapat dihilangkan dengan begitu saja. Pergaduhan antara adik beradik lumrah bagi setiap keluarga..Marah macam mana pun kekeluargaan tak akan mudah putus begitu saja. Begitulah uniknya ikatan sedarah sedaging seibu sebapa...bukan mudah untuk diputuskan dengan begitu saja. Hubungan dengan orang lain mngkin dapat diputuskan tetapi tidak hubungan yg berpaksi sedarah sedaging sukar sekali..hanya mati saja dapat memisahkan. Dalam Islam juga mengharamkan sikap memutuskan silaturahim antara keluarga.
 





Sepasang mata bisa mengoda..jelingan manja bisa mengoncang dada..itulah kelebihan mata terutama mata seorang wanita..Tanpa kita sedari dari matalah punca segala .. Dari mata juga lahirnya cinta yg bersemi antara manusia..Dari mata juga kita dapat menghayati suasana dunia.. Dari mata jugalah kita perolehi dosa tanpa sengaja..Kerna itu jagalah mata yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.. Mata juga adalah pancaindera yg paling berharga , bila ia hilang takan kita dapat semula. Bersyukur pd Yang Maha Kuasa kerna kita dilahirkan dengan sepasang mata yang amat berharga lebih bernilai dari segala wang ringgit serta harta dunia..





Bercakap biarlah menggunakan akal fikiran bukan bercakap sesedap rasa.. Berfikir sebelum melontarkan kata-kata agar yang keluar dari mulut semuanya benar dan jitu belaka. Jangan biarkan orang berfikir yang anda tidak mempunyai akal tapi hanya mempunyai akal lutut semata. Jadilah insan yg berilmu walaupun tidak sekolah setinggi mana. Yang penting tahu menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Yang Maha Esa...






Menangislah andainya tangisan bisa meredakan tekanan dihati. Jangan ditahan airmata yg ingin mengalir kerna airmata yg mengalir tanda luahan hati yang terpendam luka. Luahkan semua yg tersimpan dengan tangisan ,moga-moga kesedihan dapat dihilangkan dan dapat melegakan perasaan. Tak perlu berpura-pura menahan airmata sedangkan jiwa bergelora membuakkan rasa yg hampir mengunung hanya menantikan masa untuk memuntahkan segala yg ada didada. Menangislah kerna airmata itu suci tanda kesedihan hati yg terluka. Jangan diingat tangisan tanda diri sekecil semut api..selemah ikan tanpa air..selemah jiwa ketandusan kasih sayng. Tapi tangisan itu tanda insan itu punya perasaan , punya harga diri, punya naluri untuk menceritakan apa yg terjadi.Kadang-kadang bila masa kita menghadap kekasih hati Allah SWT kita juga tenang bila menangis pd-Nya sambil mencurahkan apa yg terpendam serta menangis menyesali kesalahan yang pernah dilakukan.Tangisan tidak terhad pada perempuan saja..lelaki juga harus menangis ..tak salah kerna tangisan bisa meredakan stress seseorang itu.Itulah keajaiban Ciptaan Allah pd mahkluknya.
 
 
 
 
Kalau suka tak perlu malu-malu..nyatakan agar yang terpendam bisa diketahuan. Jangan dipendam perasaan itu kerna ia bisa membuakkan nanah di hati .Bila pecah tak mungkin dapat lagi dibendung cairan itu. Macam itu juga luahan lambat dinyatakan ia akan menjadi duri dalam diri sendiri. Kadang-kadang kelambatan bisa membuat seseorang itu mengigit jari lantaran penyesalan tak berguna lagi.. 







No comments:

Post a Comment