Monday, March 28, 2011

KERNA TERPAKSA KU RELAKAN

Wajah suram kerna terpaksa BERTUNANG tanpa RELA.
( Sekadar cerita khayalan)


Riuh rendah dihalaman bonda..
Sibuk sekali ibu-ibu menyediakan segala..
Segala menu disediakan untuk semua..
Buat tetamu yang datang untuk dipersila..
Menjamah apa yang disedia tanda berbudi bahasa.

Di dalam kamar suram kerna mendung siempunya..
Mak Andam memandang kewajahku sambil tersenyum..
Lalu memintal lembut rambutku lalu didandan rapi..
Mengubah wajahku dengan berbagai warna dicalitkan..
Berubah wajahku mendadak sekali ..Hilang keaslian.

Wah! Cantik sekali mak Andam memuji diri ini..
Pujian yang diberi sedikit pun tidak lekat dihati..
Rasa hiba menyelinap ke dalam hati itu yang pasti..
Bukan itu yang dipinta dari ayah bonda..
Berikan daku satu peluang untuk membuat pilihan.

Tetamu tiba mendebarkan dada bergolak jiwa..
Rasa ingin lari jauh dari segala-segala yang ada..
Tidak semena-mena air mata menitis tanpa dipinta..
Aku dipersila ke singgahsana yang disedia..
Kaki dihayun terasa longlai sahaja.

Tiba disinggahsana aku didudukkan dengan selesa..
Bersimpuh resah bersama genangan air mata..
Jari dihulur dengan rasa terpaksa bercampur duka..
Cincin disarung tanda sudah berpunya..
Cincin terlekat membuatkan lidah kelu tak terkata.

Sebak rasanya di dalam dada, TERIMA TANPA RELA.
Majlis tamat termenung aku dijendela..
Melayangkan fikiran kerna diri yang tak terdaya..
Semua dibuat demi ayah bonda yang tercinta..
Walaupun hakikat jiwa yang merana dan terseksa.

Apakah CINTA akan hadir selepas ini..
Mampukah aku menanam rasa CINTA di dalam dada..
Buat TUNANGAN yang bukan pilihan dan citarasaku..
Apakah mampu bertahan seperti diharapkan semua..
Atau hanya sekadar sementara akhirnya berpisah jua.




 
Inilah yang ayah bonda harapkan....

No comments:

Post a Comment