Tuesday, March 29, 2011

REALITI ATAU FANTASI




Cinta Mekar Semula


 Rasa kurang percaya...sungguh aku tak pecaya..
Mana mungkin HATI sekeras batu boleh lembut..


Tak pecaya..jangan kau dusta wahai hati yang lara..
Semua bermula dari jelingan manja antara dua insan tanpa diduga..
Terbayang diruang mata kala ingin beradu bagi melelapkan mata ..
Mengapa dia yang terbayang sedangkan siapalah dia...ermmmmm..
kacau-kacau hendak beradu pun tak senang...mengapa..mengapa..
Pergilah jauh-jauh jangan kau hadir dalam lingkaran mata ku ini..

Hendak makan rasa tidak lalu, sedangkan itulah makanan kesukaanku..
Hendak mandi rasa macam tidak basah..sedangkan badan kepanasan..
Hendak tidur lagi payah , sukar hendak melelapkan mata..kenapa..
Apakah yang telah terjadi pada diri ini..dilamun CINTAkah atau...
Merepek mustahil aku jatuh CINTA pada pandang pertama...ermm..

Aku dah serik berCINTA semua orang yang kenal denganku tahu....
Jadi apakah ini dugaan HATI untuk menduga sejauh mana kebalnya..
Atau saja-saja untuk merunsingkan kepala ku serta buat aku angau..
Hati kenapa dengan engkau ini...kenapa berdebar sentiasa..kenapa..
Sudah jatuh CINTAkah....aduhh aku tak mahu jatuh cinta lagi...sakit..

Atau aku sedang bermimpi di alam misteri maka aku jadi begini....
Atau aku di dunia nyata yang HATIku telah cair bak ais batu...ahh..
Tak mungkin..tak mungkin...aku tak dapat menerimanya..TIDAK..!!
Kalau benarlah HATI ku telah cair apakah yang harus aku lakukan..
OHH REALITI .................OHH FANTASI............aku tak pasti..

Kuatnya kuasa tarikan sidia hingga mampu membuat aku begini...
Sengsara di buai angan yang tak pasti dari mana datangnya..pelik..
Kalau benarlah ini yang dinamakan CINTA terpaksa jua ku terima..
Mungkin ini sudah suratan yang hatiku mungkin milik sidia..mungkin..
Tak perlu lagi ku pertikaikan..tak perlu lagi ku cuba menidakkan..

Tak perlu semua itu.........Terimalah ketentuan yang maha Esa.....
Walaupun masih terasa keraguan  REALITI atau FANTASI... 
 



No comments:

Post a Comment