Saturday, November 26, 2011

SETELAH SETAHUN BERLALU


Selepas setahun berlalu hari yang sama berulang kembali..
Detik pertemuan dikau dan daku dipersisiran sepi..
Kala hati pernah terluka oleh mereka-mereka yang sengaja..
Akhirnya kita terpaksa berpisah begitu lama..
Kini kita kembali lagi bersama cinta yang masih membara..
Tapi ku lihat dikau umpama tidak bermaya..
Mungkin lelah menjalani hidup sengsara tika daku tiada..
Maafkan diri ini bukn sengaja daku tinggalkan cinta..
Bukan sengaja mencipta duka buat dirimu merana..
Daku terpaksa kerna tak rela dianggap manusia durhaka..
Tersepit kala hati meronta inginkan kita bahagia..
Akhirnya apa yang kita rencana terbakar jua..
Dikau pergi bersama hati ynag terluka lagi sengsara..
Membawa haluan entah kemana tak pasti mata merencana..
Kini kita telah kembali setelah setahun duka meninggalkan kita..
Apakah masih ada harapan untuk kita hidup bersama..
Di alam bahagia yang kita impikan seperti di alam syurga..
Jalani hidup tanpa duka lagi tanpa sengsara tanpa diterpa bencana.

No comments:

Post a Comment