Wednesday, November 30, 2011

TERMENUNG SENDIRI

 
 
 
Ku renung jauh penuh dengan kesyaduan..
Membilang manik-manik bintang dihujung ufuk..
Sambil tergenang saat-saat indah yang lalu..
Kenangan yang bisa menikam seluruh jantungku..
Menghentikan denyutan nadi membataskan segala ..
Merungkai cerita yang tak pernah sudah dengan kesedihan..
Tertunduk sambil dibasahi airmata yg mengalir laju..
Mengalir bagaikan enggan berhenti buat selamanya..
Tekad dihati ingin membawa diri jauh...jauh..dari sini..
Tak mahu kenangan menghambat diri ..lantas menyeksa diri..
Lari jauh dari sini..ke tempat manusia yang sudah mati..
Jauh dihujung dunia tak siapa yang akan peduli..
Merajuk bagaikan bayi yang masih mentah diatas pangkuan..
Salahkan jika hati ingin menyendiri sambil menghiburkan hati..
Tak siapa yang ambil tahu adakah daku gembira atau berduka..
Hilang seri wajahku yang sering diiringi ketawa tak henti-henti..
Kini menyepi dan terus menyepi ..mungkin untuk selamanya.

 

PELAMIN IMPIAN


Impian terindah tersemat dihati kita buat selamanya..
Harapan yang mengunung tinggi tak bisa diratakan begitu saja..
Semua halangan tak gentar untuk kita hadapi berdua..
Dikau dan daku tercipta hanyalah untuk hidup bersama..
Bayanganmu sentiasa ada dimana-mana kala jasadku berada..

Oh..Tuhan jangan pisahkan kami kerna daku amat menyintai dia..
Satukanlah kami dialam bahagia sampai kami berdua menutup mata..
Kabulkan harapanku dan dia moga tak terkilan dihati kami berdua..
Resah andainya kami terpisah rosaklah rencana musnahlah segala..
Temukan jodohku dan dia itulah harapan bersama agar hidup bahagia..
Hilang dia dimata tercari merata-rata..kalau rindu melanda resah gelisah..
Harapan kami hanya satu untuk bersama diatas Pelamin Impian Cinta..
Dia segalanya buatku ..kasihanilah daku kerna hanya dia berada di hatiku..
Satukanlah kami ...Jangan Engkau pisahkan kami lagi..itulah harapanku..
Bukalah ruang bahagia buat kami disini ..kasihanilah kami berdua. 
                                                     
Kita hanya mampu memohon padaNya..moga harapan kita akan terlaksana..
Kerna hanya dikau jadi permata hatiku buat selamanya..
Segala dugaan dan halangan yang melanda sanggup kau tempuhi demiku..
Itulah janjimu takan mudah lupakan daku hingga akhirnya..
Segalanya mengharukan daku buat cinta semakin kukuh seperti TUGU.

Saturday, November 26, 2011

SETELAH SETAHUN BERLALU


Selepas setahun berlalu hari yang sama berulang kembali..
Detik pertemuan dikau dan daku dipersisiran sepi..
Kala hati pernah terluka oleh mereka-mereka yang sengaja..
Akhirnya kita terpaksa berpisah begitu lama..
Kini kita kembali lagi bersama cinta yang masih membara..
Tapi ku lihat dikau umpama tidak bermaya..
Mungkin lelah menjalani hidup sengsara tika daku tiada..
Maafkan diri ini bukn sengaja daku tinggalkan cinta..
Bukan sengaja mencipta duka buat dirimu merana..
Daku terpaksa kerna tak rela dianggap manusia durhaka..
Tersepit kala hati meronta inginkan kita bahagia..
Akhirnya apa yang kita rencana terbakar jua..
Dikau pergi bersama hati ynag terluka lagi sengsara..
Membawa haluan entah kemana tak pasti mata merencana..
Kini kita telah kembali setelah setahun duka meninggalkan kita..
Apakah masih ada harapan untuk kita hidup bersama..
Di alam bahagia yang kita impikan seperti di alam syurga..
Jalani hidup tanpa duka lagi tanpa sengsara tanpa diterpa bencana.

Sunday, November 20, 2011

LUAHAN HATI KITA


Tersentuh hati kala membaca luahanmu di atas tinta..
Luahan penuh kesedihan penuh kekecewaan...
Bukan hanya dikau yang kecewa tapi diri ini juga turut berduka..
Hanya Allah yang tahu betapa cinta dan kasih diri ini terhadap dirimu yg kupuja. 
Mengapa takdir kita sedemikian rupa bertemu menganyam kasih setia ..
Tapi akhirnya diri merana dan kecewa sengsara melanda jiwa kita. 
Jika terpisah meranalah jiwa pasti airmata mengalir jua ..
Terpisah dengan orang tercinta kerna tak daya melawan takdir yang tercipta ..
Oleh Yang Maha Esa buat kita yang serba kurang segala-galanya . 
Lagi lemah dan tidak berdaya mengubah segala. 
Biar apapun yang terjadi daku tetap menyintaimu dirimu ..
Wahai kekasihku untuk selamanya hingga ke hujung nafasku. 
Walaupun kita tidak memiliki jasad yang kita dambakan tapi..
Kita tetap memiliki CINTA SEJATI yang tak penah tergugat oleh tragedi ini..
Sebak rasa didada tergenang jua airmata ini menitis satu demi satu..
Maafkan diri ini kerna kehadiranku selama dipersada ini..
Membuatkan dikau jatuh cinta akhirnya merana. 
Mungkin kita diciptakan bukan untuk bersama..
Tapi hanya sekadar menghayati sebuah Percintaan 
Tanpa dibuktikan dengan sebuah ikatan PERKAHWINAN.
Apa yang pasti CINTA ini akan ku abadikan dilipatan memory 
Dan akan kuletakkan di tempat yang paling tinggi ..
Apa yang pasti tika dan saat ini kita sama-sama terluka..
Mengapa hadirnya cinta antara kita ada saja dugaan yang tiba..?
Redhakah kita ...? 
Kehilangan kasih yang amat kita hargai buat pembina bahagia.. 
Tapi kini mungkin tiada kerna kita terpaksa akur kehendak-Nya. 

Wednesday, November 9, 2011

DIDIKASI BUAT ARUAH KAKAKKU FATIMAH



Al fatehah buatmu kakakku..Fatimah..
Masih terbayang senyumanmu yang beralas tahi lalat ..
Manis sekali..tak mungkin dapat ku lupakan..
Kelembutan tapi penuh ketegasan masih tergiang-giang ditelinga ini..
Setiap kali daku berhadapan denganmu..


Kini semuanya telah berlalu pergi..
Hanya yang tinggal kenangan yang menusuk di hati..
Kau pergi tanpa sempat ku menghadapmu untuk sekian kali..
Takdir Ilahi mengatasi segala-galanya buat daku disini..
Terkilan tak sempat mencium pipimu buat kali terakhir.


Sememangnya berat kaki ku untuk melangkah pergi ke lain negeri..
Berat tanda yang daku akan kehilangan seorang insan yang ku sayangi..
Bertahun kita terpisah akhirnya berjumpa semula penuh kesyahduan..
Tapi akhirnya terpisah kembali buat kali ke dua ..perpisahan untuk selamanya..
Tanpa ku sedari selama ini dikau menangung kesakitan tanpa kau sedari.


Masih teringat dihati ini kali terakhir kita bersua..
Disaat daku ingin melangkah pergi dari kediamanmu..
Bertalu-talu dikau mencium pipiku tanda sayang  kakak pada adiknya..
Masih terasa kehangatan ciuman itu..masih terasa..
Mungkin pipi ini tidak lagi dicium olehmu kakakku.


Sepanjang daku di negeri lain kerna urusan peribadi..
Memang daku dapat rasakan sesuatu yang kurang enak di dadaku..
Tapi daku tak penah menghiraukannya..
Mungkin itu perasaan yang mengambarkan sesuatu..
Yang daku bakal kehilangan sesuatu yang kusayangi.


Disaat umat islam lain menyambut Raya Haji 2011..
Daku menerima panggilan dari bonda tercinta..
Berderau hati  ini kala daku mendengar yang dikau koma..
Tika petang pula ku terima berita lagi yang dikau telah TIADA.
Rasa gelap dunia ini...tika bonda berkata yang kau telah tiada.


Airmata terasa mengalir laju tanpa di minta..
Kesedihan tak dapat dibendung lagi untuk menutupi wajahku ini..
Rupanya keinginan untuk pulang segera tak menjanjikan apa-apa lagi..
Bahawa yang daku sempat bersua denganmu buat kali terakhir..
Kau pergi jua tanpa pesanan buatku..adik yang manja denganmu.


Wahai kakakku..walaupun dikau telah tiada..
Akan daku sentiasa kirimkan surah-surah suci buatmu di sana..
Harapanku bahagialah dikau di sana kerna dikau insan yang baik di hatiku..
Tak kan mungkin dapat ku lupakan siapa dirimu di hatiku..
Tiada insan lain yang dapat mengantikan dirimu dihatiku.


Kakakku...kenangan bersamamu tak bisa untuk ku lupakan..
Terlalu banyak kenangan manis yang tercipta diantara kita selama ini..
Pastinya keramahanmu dengan senyum tawamu..
Pastinya kepandaian dan kepakaran dirimu dalam masakan..
Akan mejadi kerinduanku ku disini..pasti itu yang akan terjadi.


Wahai kakakku..daku pasti akan melihat dan mengambil tahu tentang zuriatmu..
Mereka berdua sudah kuanggap seperti anak-anakku...
Kasihan mereka...setelah kehilangan ayah tercinta kini kehilangan ibu pula..
Itulah takdir meraka...kami semua akan mengambil tahu perihal mereka nanti..
Kerna mereka juga bagaikan cucu buat bonda dan anak saudara buat diri ini..


Walaupun ikatan kita hanyalah sebagai bekas kakak ipar..
Tapi kita mempunyai hubungan yang amat rapat sekali..
Tiada istilah itu dalam kamus kehidupan kita...
Kakakku..amanlah dirimu disana..akan ku selalu kirimkan doa buatmu..
Akan ku ajar dan akan kuingati anak-anak kakak supaya mengingatimu selalu.


Yang pasti disaat ini daku terasa kehilangan  seorang insan bernama kakak..
Daku redha ..andai itu yang ditakdirkan..Allah lebih meyayangimu..
Pergimu dengan ketenangan yang abadi..pergi dengan seikhlas hati..
Kakak akan ku simpan kenangan kita di dalam memory ini..
Yang pasti daku gembira yang dikau pernah menjadi salah seorang keluarga ini.


Kini kepulanganku hanya dapat menatap tempat dirimu bersemadi..
Terasa hiba dihati...pasti mengalir lagi air mata ini..
Jatuh tanpa diminta..mengalir takan mudah berhenti..
Al-Fatehah buatmu kakak tersayangku... semadilah dengan aman..
Daku berdoa moga rohmu dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.