Sunday, October 2, 2011

KUATNYA CINTAMU DI HATIKU



Sayang..
Andainya dikau tahu..dikau adalah insan yg bertahta di hati ini..
Membuatkan siangku menjadi ceria..malamku terang umpama cahaya..
Daku tidak tahu mengapa hati ini berdetik buatmu..
Mengapa bukan orang lain yg menjadi Raja di singahsana..
Mungkinkah dikau pandai berkata-kata..
Hatiku umpama sekeras batu geliga cair begitu saja.

Sayang..
Memang hebat dirimu itu..
Dikau adalah insan yg paling bertuah yang berjaya membuka hatiku..
Hati yang pernah terluka lalu mematikan diri buat insan bernama lelaki..
Mungkin dikau dihantar oleh Yang Maha Esa buat membahagiakan hati ini..
Tetapi bahagia itu kemungkinan hanyalah sementara..
Sebelum daku melangkah pergi buat selamanya..

Sayang..
Adakah dikau tahu betapa daku amat menyayangi dirimu..
Tiada dua..tiada tiga dalam hati ini..
Mengapa kita ditakdirkan berjumpa dalam saat begini..?
Mengapa kita tidak berjumpa sejak dahulu lagi..
Sering bermain dimindaku mengapa ini harus terjadi.
Daku ingin hidup bersamamu..itu yg kuharapkan kini.

Sayang..
Tahukah dikau..setiap hari daku memikirkan dirimu..
Tahukah dikau ..yang daku sering merinduimu..
Bukan mainan semata-mata tapi itulah kenyataan..
Kenyataan yang daku telah jatuh cinta padamu..
Cinta yang suci telah bersemadi di hati ini..
Cinta yang akan ku bawa sampai mati.

Sayang ..
Adakah dikau tahu isi hatiku..
Adakah dikau tahu sedalam mana perasaan ini..
Daku tak mampu mengungkapnya dihadapanmu..
Hanya daku harap dikau mengerti dengan segala perbuatanku..
Bahawa apa yang hadir dihati ..ku ceritakan dengan tingkahku..
Berharap agar dikau mengerti bahawa..itulah isi hati ku padamu.

Sayang..
Mampukah daku berpisah darimu..
Mampukah daku berhadapan dengan seseorang yg bukan dirimu..
Hati pilu, gelisah, kecewa tidak terkata..
Mampukah daku lalui semua itu tanpa dikau disampingku..
Penguat jiwaku kala daku perlukan sokongan padu..
Atau rebah sebelum waktu..

Sayang..
Adakah dikau pun begitu..
Akan terasa kehilangan bila kita tidak bersatu..
Membawa haluan entah kemana hendak dituju..
Membawa hati yang penuh duka sengsara..
Kecewa membuak di hati kita membuatkan kita merana..
Apakah ada kesudahan nanti semua cerita ini.

Sayang ..
Alangkah bahagianya hati ini..
Andainya C.I.N.T.A kita bersatu juga di jinjang pelamin..
Dikelililngi rakan taulan..sanak saudara serta sahabat handai..
Diarak bagai Raja sehari memerintah negeri..
Berpayung Emas melangkah ke singahsana..
Bahagianya daku rasa andainya semua itu benar belaka.

Sayang..
Kini daku tahu semua itu hanya igauan semata..
Antara cinta kita menempuh duri yang amat bahaya..
Sukar untuk kita lalui bersama..
Hanya kekuatan hati yang mampu buat kita bertahan hingga kini..
Tapi sampai masa pastinya cinta kita hilang ditelan suram..
Hanya yang tinggal memori semata.

Sayang..
Andainya kita berpisah juga..
Izinkan daku bertahta di memorimu buat melegakan rindu..
Buat penemanmu dikala sunyi..
Begitu juga daku..akan ku simpan semua kenangan cinta kita..
Disudut hati ini buat selamanya..
Sehingga ajal menjemputku .

No comments:

Post a Comment