Friday, August 5, 2011

JANGAN KAU PENJARAKAN HATIKU.


Mengapa hatiku kau cuba penjarakan..
Tak ingin diriku menjadi tahananmu......
Apakah kau tidak tahu.......................?
Atau sengaja buat-buat tidak tahu.......?
Teganya dirimu...mengurung hati dan perasaanku..
Bebaskan hatiku...bebaskanlah...
Biar aku mencari tempat yang ingin aku tujui..
Bukan bersamamu selamanya dan dikongkong olehmu.
Sikapmu membuat aku membencimu..
Benci hingga ketulang hitamku..
Apakah kau tidak kisah semua itu..
Atau kau buta melihat keadaan diriku ini..
Tak rela bersamamu walaupun kau taburkan segala permata..
Aku tak mahu semua itu...
Kau faham atau tidak..aku tak mahu semua itu..
Bebaskan hatiku ...bebaskan..kerna itu yang aku mahu..
Aku ingin bebas memilih siapa dihatiku..
Bebas melayari kasih sayang tanpa kau bersamaku..
Kau faham..sudah berulang kali ku katakan..
Bebaskanlah hatiku....
Jangan kau seksakan hati dan jasadku lagi....



No comments:

Post a Comment