Saturday, August 20, 2011

AKU YANG TERPINGGIR


Sayup-sayup terdengar takbir...
Sungguh sayu..sungguh sedih..
Raya menjelma tanda berakhirnya Ramadhan..
YaAllah pilunya hati ini..
Sepatutnya aku berada bersama-sama ayahbonda.


Tapi dimanakah aku sekarang..?
Puasakah aku selama ini..?
Sambut rayakah aku selama aku menetap dilorong hitam ini..
Pernahkah aku menyediakan juadah berbuka..
Kuih-muih untuk di pagi raya sejak aku berada disini.


Dulu aku pernah merasakan nikmat ini..
Aku rindukan suasana dulu..tapi kini tak mungkin lagi..
Semua hanya tinggal kenangan yang abadi..
layakkah aku menyambutnya sekarang..
Layakkah......aku hina , aku keji...aku tak layakkkkk..


Atau aku yang hilang arah dan pertimbangan..
Hilang segala yang sepatutnya aku ada..
Masih berdiri dilorong-lorong yang gelap..
Tanpa cahaya..tanpa tangan yang mampu menolongku..
Mungkin aku akan terus berada di sini..
Hingga ajal menjemputku...aku dah tiada harapan lagi.


Apakah aku akan terus begini..
Raya yang datang tak pernah bermakna buat ku selama ini..
Hidupku hanya menumpang di jalan-jalan yang kotor..
Makan hanya aku perolehi dari tempat pembuangan sampah..
Hina sungguh hidup ini..


Hidup tanpa arah tujuan..merempat..
Kadang-kadang tubuhku menjadi habuan jantan keparat..
Tak mampu ku menolak segala yang terjadi pada diri ini..
Siapakah yang akan mengasihi aku..
Selain tikus di tepi longkang..
Dan kucing kurap peneman tidurku..


Bantalku hanyalah lengan lelahku ini..
Tilam hanya beralaskan kotak-kotak yang berbau busuk..
Bajuku koyak rabak tak pernah berganti hampir 5 tahun..
Siapa yang sanggup memandangku..
Wajah yang serabut..badan berbau hamis...
Memandang benci yang aku lihat diwajah mereka semua.


Aku tak minta hidup begini..
Aku ingin hidup seperti insan lain..berkeluarga..
Tinggal di rumah yang selesa walaupun kecil..
Tapi aku tak mampu mengapainya..
Aku hanya layak tinggal di lorong-lorong busuk ini..


Sunday, August 14, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI


Ramadhan..
Kau datang kembali..
Datangmu membawa rahmat Ilahi pada sekelian alam..
Jelmaanmu hanya datang sekali dalam setahun..
Kedatanganmu sentiasa ku nanti penuh kesyahduan..
Rahmatmu menyinari hatiku yang diambang kegelapan..


Ramadhan..
Sepanjang dirimu berada disampingku.
Kau banyak mengajar aku erti  keimanan dan ketakwaan..
Kau juga memberi inspirasi kepadaku untuk menambah amalan..
Sebelum ajal menjemputku..pintu taubat sentiasa terbuka dibulanmu..
Kedatanganmu jua memberi keserian di hati ini..


Ramadhan...
Permergianmu kelak akan membuat aku merindu..
Rindu pada sebuah bulan yang hanya menjelma pada masa tertentu..
Rinduku untuk menjalani ibadah berpuasa, bersahur, berbuka serta berterawih..
Tiada bulan yang sama seperti mu Ramadhan..
Bulanmu banyak mengajar aku erti ketabahan, kesabaran..& keredhaan..


Ramadhan...
Hanya dibulanmu juga kekeluargaan menjadi semakin erat.
Kedatanganmu sentiasa dinanti bagi keluarga untuk berkumpul untuk berbuka..
Di dalam bulan lain sukar untuk melakukannya..
Bukankah...kau bulan Rahmat..?
Bulan yang penuh erti ketakwaan.


Ramadhan ..
Dibulan ini saja semua insan bergembira membuat juadah..
Juadah untuk disediakan pada hari Raya..
Bukankah unik kedatanganmu Ramadhan..
Sungguh unik sekali..kerna itu kedatanganmu sentiasa ku nanti..
Ramadhan..kau bulan yang penuh makna.


Ramadhan..
Diakhir kau bersama diriku..
Terasa syahdu sekali kerna kau akan pergi..
Tak akan dapat lagi aku merasa rahmatmu Ramadhan..
Pastinya ada titisan air mata akan tergenang di kelopak mataku..
Tika mengaminkan doa tika mengadap Penciptaku..

Monday, August 8, 2011

MADAH - HIKMAH RAMADHAN

 P - palingkan mata kamu dari melihat benda yang bukan-bukan..
U - ubatilah hatimu dengan zikirullah..
A - asahlah kefahaman Islammu sedalam-dalamnya.
S - sedekahlah pada fakir miskin dan anak yatim moga dirimu mendapat pahala.
A - Allah, Allah, Allah...sentiasa terukir dibibirmu.
 #####################################################################
 
 
 S - Sabar itu separuh daripada Iman..
A - anggaplah kejadian yg menimpa satu dugaan buat umat yg Allah sayang.
B - berbanyak beristigfar untuk mengelakkan hati menjadi kelam..
A - asahlah jiwa untuk sedia menerima segala dugaan...
R - rahsia kesabaran boleh meruntuhkan niat jahat seseorang terhadap kita.
      Insyaallah...Allah Maha mengetahui segalanya.
 ######################################################################
 
 
T - Takut, menyesal bersungguh=sungguh adalah sifat taubat..
A - anggaplah penyesalan satu jalan menuju ke jalan Allah..
U - usah lagi berpaling untuk terus bertaubat
B - berdoa dan terus berdoa agar dosa diampunkan Allah..
A - alah bisa tegal biasa kisah yang lama jadikan teladan
T - taubat tak perlu ditunggu hingga usia dihambat waktu
 ######################################################################
 
 
 S - semua insan mempunyai perasaan..
E - entah mengapa ada insan yg suka menyakiti insan lain..
D - dengan sengaja ingin melihat insan lain terluka..
I -  ingatlah anda bukanlah sehebat mana...hanya Allah yang hebat..
H - hadapilah pembalasan bila tiba masanya anda diadili di AKHIRAT.
 ##################################################################
 
 
 

Friday, August 5, 2011

JANGAN KAU PENJARAKAN HATIKU.


Mengapa hatiku kau cuba penjarakan..
Tak ingin diriku menjadi tahananmu......
Apakah kau tidak tahu.......................?
Atau sengaja buat-buat tidak tahu.......?
Teganya dirimu...mengurung hati dan perasaanku..
Bebaskan hatiku...bebaskanlah...
Biar aku mencari tempat yang ingin aku tujui..
Bukan bersamamu selamanya dan dikongkong olehmu.
Sikapmu membuat aku membencimu..
Benci hingga ketulang hitamku..
Apakah kau tidak kisah semua itu..
Atau kau buta melihat keadaan diriku ini..
Tak rela bersamamu walaupun kau taburkan segala permata..
Aku tak mahu semua itu...
Kau faham atau tidak..aku tak mahu semua itu..
Bebaskan hatiku ...bebaskan..kerna itu yang aku mahu..
Aku ingin bebas memilih siapa dihatiku..
Bebas melayari kasih sayang tanpa kau bersamaku..
Kau faham..sudah berulang kali ku katakan..
Bebaskanlah hatiku....
Jangan kau seksakan hati dan jasadku lagi....