Monday, February 13, 2012

BERAKHIRNYA SEBUAH SKETSA C.I.N.T.A











Berakhirnya sebuah Kisah Percintaan..
Tanpaku duga tanpa ku rela..
Berpisah jua antara dikau dan daku..
Tak ku minta semua ini berlaku..
Tapi daku hanya insan biasa..
Tak mampu menghalang segalanya..

Berakhirnya sebuah Kasih..
Berakhirnya sebuah Sayang..
Tak mungkin ku perolehi lagi..
Selepas dikau pergi..
Mungkin daku kembali menyepi..
Tiada lagi bingkisan..
Tiada lagi gurauan..

Lemah seluruh anggota ini..
Lemah seluruh jiwa ini..
Mengapa disaat ini juga semua terjadi..
Tak mampu berkata apa lagi..
Tak mampu berfikir lagi..
Takdir telah tercipta..
Yang dikau harus pergi..

Destinasi yang telah diukir buat ku..
Destinasi yang ku anggap kurungan buatku..
Tak terpikul oleh bahuku..
Memikul amanah insan lain..
Mahligai diatas airmataku..
Takdir tercipta daku harus teruskan..

Biarlah dunia tahu ..
Bahawa daku cukup terseksa..
Dengan apa yang telah berlaku..
Penyesalan tak berguna lagi..
Demi insan-insan tersayang..
Akan ku hayun jua kaki ini.

YaAllah Engkau berikanlah daku kekuatan..
Sesungguhnya daku tak daya lagi..
Tak daya berhadapan dengan semua ini..
Engkau sihatkan tubuh badanku..
Demi insan-insan tersayang..
Hanya padamu tempat ku bermohon..
Engkau berikanlah HidayahMu..

Perjalanan ku penuh liku..
Perjalanan ku penuh ranjau berduri..
Tanpa kekuatan hati..
Tak bisa ku akhiri semua ini..
Dengan senyuman terukir dibibir..
Hanya tangisan yang bisa mengiringi.

No comments:

Post a Comment