Friday, December 30, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011 SELAMAT DATANG 2012



Sedetik lagi akan ku tinggalkan tahun 2011...
Tahun yg penuh suka duka penuh ranjau berduri..
Tak mungkin dapat ku lupakan sejarahmu 2011..
Kini 2012 bakal menjelang pabila mentari menghilangkn diri..
Tiba detik 12 mlm riuh rendah insan berteriak....
Selamat tahun baru....Selamat tahun baru..
Diraikan penuh kesyukuran penuh harapan ..
Membuka lebaran baru membuka sinaran kejayaan..

2011 dikau ku tinggalkan bukan kerna daku membencimu..
Tapi kerna sudah sampai masanya dikau menutup tirai wajahmu..
Menutup pentas permainan duniawi yang menceritakan kehidupan insan..
Sedih..memang terasa seolah-olah seperti ingin meninggalkan diri sendiri..
2011 terlalu banyak kenangan bersamamu...tak bisa ku lupakan..
Jatuh bangunku telah disaksikan olehmu....
Kejayaanku dpt sorakan dr mu...kesedihanku dpt disabarkan olehmu..

2011 jangan dikau bimbang....jangan dikau rasa terpinggir..
Sejarahmu  selama  365 hari tak akan mudah kulupakan..
Akan ku simpan dilipatan memory ini....
Daku akan sentiasa kenangkan dikau kala daku merinduimu..
2011 jagalah dirimu dengan baik..kerna dikau kini sendirian lagi..
2011 tinggallah dikau ...sedetik lagi kita akan berpisah..
Selamat tinggal 2011....kenangan bersamamu amat terindah.

2012 tunggulah daku...
Berikanlah daku kejayaan yg terbaru...
Tunaikan harapan yg belum penah tertunai..kabulkan impian ku..
Berikanlah daku semangat perjuangan yg kental..
Daku tk mahu lg rebah kala berada di thn 2011..
Penuh kesedihan....penuh kenangan pahit...
2012 hanya dikaulah harapanku kini...
Selamat datang 2012...daku tahu dikau tak akan hampakan daku
.

Tuesday, December 20, 2011

PUDAR JUA CINTA KITA




Tiada lagi gurau senda gelak ketawa antara kita..
Tanpa ku sedar ketidakupayaanku berusaha kearah bahagia..
Kerna terbentangnya  jurang pemisah diantara kita berdua..
Menjelmakan rasa sangsi membuat dirimu merasa kecewa serta berduka..

Tanpa daku dapat berbuat apa-apa untuk mengatasi segalanya..
Telah dikau kabarkan pada dunia rasa yang menimpa di dalam jiwa..
KECEWA , KECEWA..itu yang dikau luahkan pada alam semesta..
Terkedu..terdiam bila kata-katamu bagaikan bisa menjalar didada..


Hanya mampu mengalirkan airmata sedih yang tak terhingga..
Dengan apa yang dikau luahkan segala yang bersarang dijiwa..
Kerna daku insan yang tak punya apa-apa..hanya berharap belas Ilahi jua..
Maafkan daku kerna tak layak untuk berdamping bersamamu selamanya..

Kerna daku hanya cebisan kenangan lalu yang tak penah membahagiakn sesiapa..
Walaupun dirimu kian menjauh seolah-olah cinta semakin buta..
Di sudut hati ini daku tetap C.I.N.T.A kan dirimu buat selamanya..
Kerna dikau yang paling kusayangi dan paling istimewa.

Wednesday, December 7, 2011

DAKU TAK LAYAK MENJADI KEKASIHMU



Rintik-rintik hujan menimpa bumi..
Mendung kelam berarak sepi menutup alam semesta ini..
Camar berterbangan lari menyelamatkan diri..
Daku disini seperti insan yang kehilangan arah diri.


Sayang..maafkan daku kerna tidak bisa menjadi kekasihmu..
Sayang..daku sedar siapalah daku disisimu..
Sayang..izinkan daku mengundurkan diri demi kebahagiaanmu..
Sayang..jangan dikau sangsi akan segala tindakan daku..


Mengapa daku sanggup begini..sanggup kecewa demi kasih suci.?
Sememangnya daku tak boleh menjadi seperti yang dikau harapkan selama ini..
Mungkin salah ku jua kerna tak betah mengikut seiring jalan denganmu..
Bukan ku tak mencuba..bukan ku tak berusaha..


Cuma masa tidak menyebelahi diri ini untuk terus bersama denganmu..
Dikau lelaki hebat dimataku..lelaki yang paling baik pernah ku miliki..
Tapi daku tak layak untuk seiring denganmu membelah pantai yang bergelora..
Berperahu di alam syurga kerna daku tahu dimanakah kelebihanku selama ini..


Janganlah dikau sangsi akan diri ini..SETIAku masih tetap di dalam hati..
Cuma daku tak mahu dikau terasa kekurangan kala punya teman sepertiku..
Carilah penganti lain yang bisa memenuhi apa yang dikau mahukan..
Gadis yang layak berdiri dan duduk sama denganmu serba punya kelebihan.


Daku akan sentiasa mendoakan dirimu..
Sungguh itu saja yang mampu daku lakukan demi dirimu yang daku sayangi..
Biarlah daku berkorban demi kebahagiaanmu..
Lupakanlah daku...berilah peluang pada insan lain hidup bersamamu..


Jangan dikau seksakan lagi hidupmu dengan  terus menunggu daku..
Penantian yang tak pasti dapat dikau miliki..cuma harapan yang terbukti..
Daku akan membawa diri jauh dari sini..
Jauh dari kenangan abadi yang pernah kita kecapi selama ini..


Buat renunganmu..daku bahagia bersamamu..
Cuma daku terpaksa berpisah denganmu kerna tak mampu..
Tak mampu menjadi seperti yang dikau harapkan seperti dikau mahukan..
Daku hanya insan serba kekurangan kerna semua itu sudah dikau tahu..


Tapi dikau masih mahu mencuba untuk bersama daku..
Dan kita cuba untuk serasi dalam perhubungan ini..
Tapi setiap kali kita diambang bahagia ..pasti ada saja yang tidak kena..
Dalam masa itulah HATI kita sering terluka tanpa kita minta.


Sampai bilakah harus kita pertahankan sedangkan kita tahu penghujungnya..
Kita sama-sama menyayangi serta mencintai satu sama lain..
Tapi kita tak mungkin dapat merealisasikan hubungan ini hingga ke PELAMIN..
Itulah sebabnya daku bertekad untuk keluar dari hidupmu..


Daku tidak mahu dikau terus terseksa hanya kerna simpati pada diriku..
Daku tahu dan pasti mungkin suatu hari nanti CINTA kita akan bersemi semula..
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya...kerna CINTA kita begitu suci..
Cuma dimasa ini mungkin peluang untuk bersama tidak ujud untuk kita.


Maafkan daku sayang walaupun daku tak rela semua ini terjadi..
Tapi daku tak mampu untuk menolak takdir Ilahi terhadap kita selama ini..
Izinkan daku simpan CINTAmu serta NAMAmu di hati ini..
Buat kenangan serta pembalut luka tika daku sendirian dihujung dunia.

Akan ku simpan jua perasaan ini seketat-ketat yang daku mampu dihati..
Kenanglah daku dalam doamu..Daku tahu bukan mudah untuk dikau..
lepaskan diriku ..tapi kita hanya merancang Tuhan menentukan segalanya..
CINTA tidak semestinya MEMILIKI itu yang perlu kita ketahui.



Tuesday, December 6, 2011

MENGAPA ADA DIA DIANTARA KITA..





Mengapa dia jua yang kau suka..mengapa dia juga yang kau cinta..
Daku yang setia bersamamu tak pernah dikau rasa kehadirannya..
Sedangkan daku punya cinta yang membara untuk bersama..
Apakah kurangnya daku jika dibandingkan dengan sidia..
Apakah kerna dia punya rupa paras maka dialah segalanya..
Yang bisa buat dikau tergoda, maka diriku umpama tiada makna..

Siapalah daku dibandingkan dengan sidia , tiada rupa tiada harta..
Tapi daku punya hati ,perasaan dan rasa cinta terlalu tinggi nilainya..
Apakah dikau tak rasa sedikit pun rasa cinta yang membara..
Butakah dirimu atau sengaja menyakitkan hati ini yang sudah terseksa..
Oh..sayang mengapa daku yang terasa kecewa dan bukannya dia..
Apakah kesetiaan yang ku hambarkan padamu sedikit pun tiada makna..

Terharu kala daku melihat dirimu bermesra dengan sidia..
Pedih tak terkata hati ini merana dan sengsara..
Teganya dirimu tidak mempedulikan diri ini hanya nampak sidia sahaja..
Alangkah indahnya andainya daku ditempat dia memadu mesra bersama..
Bermesra denganmu bahagia sekali itu yang ku rasa di dalam dada..

Apakah dikau buta atau sengaja tidak perasaan hatiku yang terluka..


Atau sengaja sakitkan hati ini kerna dia yg dikau puja-puja..
Pedih  terasa menikam jiwa membakar jasadku menjadi lebur tak bercahaya..
Tidakkah dikau tahu yang daku begitu sengsara dan kecewa serta merana..
Oh..dunia mengapa daku yang merasa semua ini bukannya sidia..
Perampas cintaku yang kudamba hingga kehujung dunia..
Kasih kembalilah kepadaku semula bahagiakan hati ini dari berduka..
Apa yang pasti cintaku membara hingga tak terbatas walaupun diseka.


Nukilan : Suee Rhria
Photo     : Suee Rhria