Wednesday, February 22, 2012

DOAKU BUATMU KEKASIH

Wahai Kekasihku disana..
Moga dikau sihat selalu hendaknya..
Ku sentiasa mendoakan agar dikau sejahtera..
Ingatilah saat bahagia kita..

Daku tak penah melupakan dikau disana..
Setiap kali daku berhadapan dengan-Nya..
Sentiasa ku bermohon agar dikau dilindungi Yang Maha Esa..
Ketahuilah KEKASIHKU doaku sentiasa bersamamu..

Agar dikau tahu yang daku amat menyayangimu selalu..
Janganlah dikau bimbang keadaan diriku..
Kerna ku tahu dikau pasti mendoakan daku selalu..
Agar kita bisa diketemukan satu hari nanti..

Membina hidup bahagia menongkah arus angkara..
Setiaku disini tak perlulah dikau gusari..

Kerna hanya dikau yg bertahta dihati..
Mencintaimu selamanya hingga ku mati.




Thursday, February 16, 2012

DIKAU PERGI TINGGALKAN DAKU SENDIRI

 
Selalu ku mendengar suaramu..
Selalu ku mendengar keluh kesahmu.. 
Kini semua itu telah lenyap..
Kerinduan mengamit hati..
Mengamit akan kehadiranmu..
Dimanakah dikau sayang..
Kala diri kesepian merentasi sunyi..
Teringat semua kenangan abadi..
Hadirmu bagaikan cahaya..
Yang menyinari hati kecil ini..
Semuanya hilang..semua pergi..
Kini ku kembali sendiri..
Menapak setiap denai-denai berduri..
Memijak serpihan kaca ..
Hingga darah menitis lagi..
Sakit..pedih..tak terhingga..
Kini dikau tiada disampingku..
Pegangan yang menjadi harapan..
Kini telah hilang dari mata..
Disaat ini kerinduan datang bertandang..
Rasa pedih hingga ke tulang..
Hanya mampu memandang gambarmu sayang.

Monday, February 13, 2012

BERAKHIRNYA SEBUAH SKETSA C.I.N.T.A











Berakhirnya sebuah Kisah Percintaan..
Tanpaku duga tanpa ku rela..
Berpisah jua antara dikau dan daku..
Tak ku minta semua ini berlaku..
Tapi daku hanya insan biasa..
Tak mampu menghalang segalanya..

Berakhirnya sebuah Kasih..
Berakhirnya sebuah Sayang..
Tak mungkin ku perolehi lagi..
Selepas dikau pergi..
Mungkin daku kembali menyepi..
Tiada lagi bingkisan..
Tiada lagi gurauan..

Lemah seluruh anggota ini..
Lemah seluruh jiwa ini..
Mengapa disaat ini juga semua terjadi..
Tak mampu berkata apa lagi..
Tak mampu berfikir lagi..
Takdir telah tercipta..
Yang dikau harus pergi..

Destinasi yang telah diukir buat ku..
Destinasi yang ku anggap kurungan buatku..
Tak terpikul oleh bahuku..
Memikul amanah insan lain..
Mahligai diatas airmataku..
Takdir tercipta daku harus teruskan..

Biarlah dunia tahu ..
Bahawa daku cukup terseksa..
Dengan apa yang telah berlaku..
Penyesalan tak berguna lagi..
Demi insan-insan tersayang..
Akan ku hayun jua kaki ini.

YaAllah Engkau berikanlah daku kekuatan..
Sesungguhnya daku tak daya lagi..
Tak daya berhadapan dengan semua ini..
Engkau sihatkan tubuh badanku..
Demi insan-insan tersayang..
Hanya padamu tempat ku bermohon..
Engkau berikanlah HidayahMu..

Perjalanan ku penuh liku..
Perjalanan ku penuh ranjau berduri..
Tanpa kekuatan hati..
Tak bisa ku akhiri semua ini..
Dengan senyuman terukir dibibir..
Hanya tangisan yang bisa mengiringi.