Friday, March 16, 2012

MENUNG YANG PANJANG


Termenung kala daku sendirian..
Terkenang saat-saat manis dibuai impian..
Bersedihkah atau gembirakah tika daku kesepian..
Menung panjang bagaikan diulit lena..
Tersedar pabila terkejut oleh cuitan waktu..
Mengajak daku berlalu dari mimpi yang ngeri..
Terduduk ...terpisat-pisat mata ini..
Benarkah mimpi ngeri masih terus mengejari..
Atau mimpi yang pahit sudah berlalu pergi..
Didepan adalah kenyataan abadi..
Bahawa daku tak perlu lagi bersusah hati..
Kerna menung tak menjanjikan keceriaan diri..
Malah menyakitkan seluruh anggota yang ada..
Menyiat hati kala teru memikiri akan kejadian terjadi..
Apa yang pasti bangunku dari termenung ini adalah kenyataan..
Kenyataan yang daku telah berjaya mengatasi kesedihan..
Bangun atas pengalaman yg menikam hati..
Pasti daku akan terjaga tanpa termenung lagi..
Mungkin ini rahmat dariMu Allah..
Menguji ketabahan hati..menguji keredhaan diri..
Moga Engkau terus mengasihani diri ini.