Monday, August 6, 2012

PERJUANGAN TANPA NOKTAH


Foto: Telah lama ditimpa runtuhan tembok derita..
Telah berkarat besi-besi ceracak di dlm jiwa..
Mungkin ujian datang menggila menguji takwa..
Dalam kekelaman muhasabah diri menjelma..
Kini bangun segagah singa mengaum di rimba..
Bangun menegakkan kebenaran yg ditunda..
Hilang takut , keberanian muncul semula..
Hanya takut pada Pencipta seluruh cakrawala..
Pada manusia mereka juga manusia biasa..
Tiada mampu menahan kebenaran yg ada..
Datang bagai ribut membersihkan segalanya..
Takut azab , takut sengsara, takut neraka..
Bukan takut dimarahi atau takut dipulaukn semua..
Apalah yg ada pada manusia mereka akan mati jua..
Hanya yg kekal abadi Allah Yang Maha Esa..
Berpijak di bumi nyata adalah satu misi pahala..
Syukur ke hadrat Ilahi diberi kesedaran dr terleka..
Hidup di bumi hanyalah sementara belaka..
Akhirat jua tempat abadi disana nasib diadili yg Esa..
Tekad akhirat di cari sebelum diri dijemput ke sana.

Sunday, June 3, 2012

TERKUBUR JUA CINTA KITA



Terkubur jua cinta ini..
Terkilan kasih dibina hambar dirasa..
Percaturan buat kita panas membara..
Melawan duka angkara tanpa terdaya..
Daku terluka dikau pun terseksa..
Terjerat rasa buat kita terlena..
Oleh kebinasaan manusia durjana..
Tak ingin kita bahagia seperti yang dicita..
Kecewa bukan diminta bukan dipaksa..
Daku merana hingga tak daya ..
Mengapa ini menjadi bencana..
Mengapa ini menjadi suratan buat kita..
Mengapa harus kita lalui dengan seksa..
Apakah kita tak layak untuk bersama..
Sedangkan cinta mekar membara..
Segala dugaan sanggup kita hadapi berdua..
Tapi mengapa akhirnya kita kecewa..
Cinta terkubur tanpa rela.

Thursday, May 17, 2012

JALAK LENTENG & AYAM SABUNGNYA.



Berkokok tanpa berhenti..
Itulah ayam tuah kesayangan Jalak..
Ayam jantan..ganas..bulu berkilat..
Nama Galak diberi tuannya si Jalak Lenteng..
Takut melihatnya..takut mendekatinya..
Hanya Jalak Lenteng yang bisa membelainya..
Sentiasa bersama ayamnya..dibawa kemana jua..
Menjadi penghibur kala Jalak Lenteng kesepian..
Masa terluang melagakan ayamnya hingga menang.
Jalak..Jalak..itulah Si Jalak Lenteng..
Siapa tak kenal lelaki gagah bernama Jalak Lenteng..
Bermisai melintang garang rupanya , bengis sekali..
Seluruh kampung mengenalinya. tapi takut mendekati..
Berjalan tidak pernah berenggang dengan si Galak..
Berkepit bersama ayam sabung kesayangannya..
Umpama isteri yang amat disayangi..
Waktu terluang dihabiskan..bersama Galak..
Galak...Galak...Galak..jadi sebutan setiap masa.





Sunday, April 22, 2012

YAALLAH KINI CINTAKU HANYA UNTUKMU

YaAllah satu demi satu dugaan yang hadir..
Sesungguhnya Engkau ingin menduga ketabahanku..
Daku redha andainya itu tanda kasihMU padaku..
Sesungguhnya daku seorang insan yang lemah..
Rasa kekuatan senipis sehelai kain kini...
Merenung dikejauhan merenung kekelaman..

Apakah harus satu keputusan dikeluarkan..
Demi satu perjuangan yang tak pernah kesudahan..
Atau membiarkan semuanya berlalu tanpa NOKTAH..
Ketahanan yg ku bina bertahun kini hampir ROBOH..
Keyakinanku kini telah hampir ke destinasi..
Tanpa sokongan yg selalu ku perolehi..
Kini lebur pergi..membawa diri..
Menyingkap takbir Ilahi..
Berdiri kini daku keseorangan..
Menapak kehidupan yg berliku tanpa dibantu..
Mencanai hati yang berdarah tanpa sempadan..
Mampukah daku kini..
YaAllah bantulah hambamu ini..
Melalui lorong kehidupan yg penuh berduri..
Andainya daku membuat pilihan hati yg memedih..
Perjuangan ku tidak bererti lagi..
Hanya kenangan yg menambat jiwa melarik mimpi..
Kiniku sendiri lagi..
Sendiri lagi.......menempuh hidup kini..
Biarlah CINTA ynag kujunjung ku simpan saja..
Kerna tak mungkin lagi ku simpan di dalam kaca perhiasan HATI..
Kerna kini diriku tak dipeduli lagi....
Kerna perjuangan ku tiada bernoktah..
Biarlah ku bawa diri jauh dr cemeti kepedihan..
KINI CINTA KU BERALIH PADAMU...ALLAH..
Bantulah daku..pimpinlah daku ke jalanMU..

Saturday, April 7, 2012

TERATAI LAYU DI TASEK MADU



Awan berarak mendung..
Sepi menebarkan jalurnya..
Kelam mencengkam jiwa yang parah..
Onak-onak berliku melingkari diri..
Desir malam mengungkit takbir..


Dedaun mula berguguran ke bumi..
Merintih si kelip-kelip malam..
Mendayu-dayu denyutan nadi sikuang..
Mengapa kelam jua yang tiba..
Mengapa duka yang datang melanda..


Duri terus menusuk ke kalbu..
Menikam hingga berdarah seluruh jantung..
Mengalir darah kepedihan membuak resah..
Pana..berpinar mata memandang gerhana..
Luka melebar semakin melebar semakin koyak..


Jahitan tak bisa merapatkan semula kelukaan..
Luka yang bisa membunuh jiwa yang kesedihan..
Racun mula menjalar segenap jiwa yang tenat..
Mampukah bertahan..mampukah berdiri semula..
Atau rebah sebelum mencapai impian di hati..


Langit semakin gelap..gelap semakin gelap..
Meraba-raba dalam kekelaman dan kepedihan..
Menyusur jua kaki ini mencari sinar bahagia..
Tersungkur tika dipertengahan jalan bahagia..
Kerna derita datang menerpa lantas merosakan semua..


Akhirnya TERATAI LAYU DI TASEK MADU..
Layu terus tenggelam kedasar tasek tanpa tepian..
Cuba menongkah air menghirup udara bahagia..
Tangan terkapai-kapai tanpa siapa sedar ..
Akhirnya terus tengelam di dasar yang kelam..


Nafas semakin kurang bersama kesedihan menjulang..
Tak mampu daku bertahan lagi..
Kelam..kelam..kelam...mata tertutup rapat..
Akhirnya nadi semakin perlahan..
Selamat tinggal sayang..pergiku kerna kasihmu.

Friday, March 16, 2012

MENUNG YANG PANJANG


Termenung kala daku sendirian..
Terkenang saat-saat manis dibuai impian..
Bersedihkah atau gembirakah tika daku kesepian..
Menung panjang bagaikan diulit lena..
Tersedar pabila terkejut oleh cuitan waktu..
Mengajak daku berlalu dari mimpi yang ngeri..
Terduduk ...terpisat-pisat mata ini..
Benarkah mimpi ngeri masih terus mengejari..
Atau mimpi yang pahit sudah berlalu pergi..
Didepan adalah kenyataan abadi..
Bahawa daku tak perlu lagi bersusah hati..
Kerna menung tak menjanjikan keceriaan diri..
Malah menyakitkan seluruh anggota yang ada..
Menyiat hati kala teru memikiri akan kejadian terjadi..
Apa yang pasti bangunku dari termenung ini adalah kenyataan..
Kenyataan yang daku telah berjaya mengatasi kesedihan..
Bangun atas pengalaman yg menikam hati..
Pasti daku akan terjaga tanpa termenung lagi..
Mungkin ini rahmat dariMu Allah..
Menguji ketabahan hati..menguji keredhaan diri..
Moga Engkau terus mengasihani diri ini.

Wednesday, February 22, 2012

DOAKU BUATMU KEKASIH

Wahai Kekasihku disana..
Moga dikau sihat selalu hendaknya..
Ku sentiasa mendoakan agar dikau sejahtera..
Ingatilah saat bahagia kita..

Daku tak penah melupakan dikau disana..
Setiap kali daku berhadapan dengan-Nya..
Sentiasa ku bermohon agar dikau dilindungi Yang Maha Esa..
Ketahuilah KEKASIHKU doaku sentiasa bersamamu..

Agar dikau tahu yang daku amat menyayangimu selalu..
Janganlah dikau bimbang keadaan diriku..
Kerna ku tahu dikau pasti mendoakan daku selalu..
Agar kita bisa diketemukan satu hari nanti..

Membina hidup bahagia menongkah arus angkara..
Setiaku disini tak perlulah dikau gusari..

Kerna hanya dikau yg bertahta dihati..
Mencintaimu selamanya hingga ku mati.




Thursday, February 16, 2012

DIKAU PERGI TINGGALKAN DAKU SENDIRI

 
Selalu ku mendengar suaramu..
Selalu ku mendengar keluh kesahmu.. 
Kini semua itu telah lenyap..
Kerinduan mengamit hati..
Mengamit akan kehadiranmu..
Dimanakah dikau sayang..
Kala diri kesepian merentasi sunyi..
Teringat semua kenangan abadi..
Hadirmu bagaikan cahaya..
Yang menyinari hati kecil ini..
Semuanya hilang..semua pergi..
Kini ku kembali sendiri..
Menapak setiap denai-denai berduri..
Memijak serpihan kaca ..
Hingga darah menitis lagi..
Sakit..pedih..tak terhingga..
Kini dikau tiada disampingku..
Pegangan yang menjadi harapan..
Kini telah hilang dari mata..
Disaat ini kerinduan datang bertandang..
Rasa pedih hingga ke tulang..
Hanya mampu memandang gambarmu sayang.

Monday, February 13, 2012

BERAKHIRNYA SEBUAH SKETSA C.I.N.T.A











Berakhirnya sebuah Kisah Percintaan..
Tanpaku duga tanpa ku rela..
Berpisah jua antara dikau dan daku..
Tak ku minta semua ini berlaku..
Tapi daku hanya insan biasa..
Tak mampu menghalang segalanya..

Berakhirnya sebuah Kasih..
Berakhirnya sebuah Sayang..
Tak mungkin ku perolehi lagi..
Selepas dikau pergi..
Mungkin daku kembali menyepi..
Tiada lagi bingkisan..
Tiada lagi gurauan..

Lemah seluruh anggota ini..
Lemah seluruh jiwa ini..
Mengapa disaat ini juga semua terjadi..
Tak mampu berkata apa lagi..
Tak mampu berfikir lagi..
Takdir telah tercipta..
Yang dikau harus pergi..

Destinasi yang telah diukir buat ku..
Destinasi yang ku anggap kurungan buatku..
Tak terpikul oleh bahuku..
Memikul amanah insan lain..
Mahligai diatas airmataku..
Takdir tercipta daku harus teruskan..

Biarlah dunia tahu ..
Bahawa daku cukup terseksa..
Dengan apa yang telah berlaku..
Penyesalan tak berguna lagi..
Demi insan-insan tersayang..
Akan ku hayun jua kaki ini.

YaAllah Engkau berikanlah daku kekuatan..
Sesungguhnya daku tak daya lagi..
Tak daya berhadapan dengan semua ini..
Engkau sihatkan tubuh badanku..
Demi insan-insan tersayang..
Hanya padamu tempat ku bermohon..
Engkau berikanlah HidayahMu..

Perjalanan ku penuh liku..
Perjalanan ku penuh ranjau berduri..
Tanpa kekuatan hati..
Tak bisa ku akhiri semua ini..
Dengan senyuman terukir dibibir..
Hanya tangisan yang bisa mengiringi.

Tuesday, January 31, 2012

MATI ITU SUDAH PASTI






Mati itu sudah pasti..
Sedetik pun tidak bisa ditangguhkn lagi..
Dari tanah kita datang ..
Kepada tanah jua kita kembali...
Disaat itu segala kemewahan tidak berguna lagi..
Pangkat yang tinggi melangit tidak memberi erti..
Hanya amalan yang bisa di bawa mati..
Bersama anak-anak soleh yg ditinggalkn diatas bumi..
Pulang kerumah kecil yang gelap sudah pasti..
Begitu sempit begitu gelap sekali..
Hanya sedalam 7 kaki & selebar 3 kaki..
Disemadikan disitu sementara menanti diadili..
Dipadang Masyhar segala dosa dan pahala akan diketahui..
Seluruh umat dipayungi matahari setinggi 3 inci..
Betapa azab..betapa seksa andainya tiada bekalan diri.
Yang pertama ditanya sudah pasti amalan solat ketika hidup..
Berbahagialah andainya amalan menyebelahi diri..
Syurga yg dihampar..tujulah mana yg diingini.
Berdukalah andainya amalan tidak menyebelahi..
Neraka akan menanti untuk membakar tubuh ini..
Disaat itu hanya jeritan kedengaran menangung kesakitan..
Kesakitan yang amat pedih sekali.

 

Sunday, January 29, 2012

PERJALANANKU


Perjalanan ku semakin kabur..
Tak terlihat oleh mataku jalan yang kususuri..
Semakin lemah dan longlai tubuhku ini..
Tak mampu ku hayunkan kaki dan tanganku ini..
Menyusuri laluan yang berdiri di depan..
 
Mungkinkah perjalanan ku ini yang terakhir..
Atau perjalanan yang baru bermula..?
Oh Tuhan..Engkau berikanlah daku pertunjuk..
Apakah laluan yang daku ambil ini harus ku ikuti..
Atau harus ku kembali di mana daku bermula tadi..

Kesamaran juga yang ku lihat untuk ku rempuh ..
Tiada tanda yang bisa ku ikuti ..
Membuatkan daku sesat ..sesat dalam mencari diri..
Tiada sinar untuk ku hampiri..kelam menerjah..
Jauh perjalananku..jauh juga pencarianku..

Kemana destinasi harus ku tempuhi..
Penat dalam kealpaan merangkap naluri hati..
YaAllah Engkau berikanlah daku kekuatan..
Untuk meneruskan perjalananku ini ..
ketempat yang sepatutnya daku hampiri..
Hanya KalimahMu bisa mendorongku..
Serta menamatkan sejarah kehidupan abadi.





Thursday, January 26, 2012

AKU CINTA ALLAH

Tangisanku hanyalah untukMu..
Kesedihanku kuhamparkan buatMu..
Segala-galanya ku lakukan semata-mata buatMu..
Tuhan sekelian alam Allah Yang Maha Esa..
Sesungguhnya sayup di hati ini..
Kemana akan ku tuju destinasi hidupku ..
Destinasi perjalanan akhirku nanti..
Kealam barzah...diadili sepenuhnya olehMu..
YaAllah seseungguhnya..aku lemah tidak berdaya..
Daku sayang Allah..daku rindu Allah..daku cinta Allah..
Tiada tempat lain untuk ku mengadu..
Segala keresahan dijiwa yang sering melanda..
Dihamparan sejadah daku berteleku dihadapanMu..
Titisan airmata tanda daku benar-benar setia padaMu..
Setia tanda daku benar-benar CINTA akan diriMu Allah..
Cinta yang benar-benar tulus dari seorang hamba pada Pencipta.



www.youtube.com

SAAT HATIKU BERTASBIH PADAMU YAALLAH..


Dikeheningan malam ini..
kesyahduan mula terasa menikam diri..
Denyutan nadi semakin bergerak pantas..
Seolah-olah ingin berlari laju mengejar sesuatu..
Sesuatu yang harus ku gapai sebelum daku terlambat..

YaAllah apakah kesyahduan kerna kurindu padaMu.?
Kerinduan yang hadir sukar dibayangkan..
Membuatkan daku seperti hilang arah tujuan..
Tanpa CINTAMu tak bisa daku kecapi ketenangan..
Daku perlukan kasihMu..daku perlukan CintaMu..

YaAllah sesungguhnya daku amat kerdil disisiMu..
Sekerdil butiran pasir yang terdampar di pantai..
Ku sujud padaMU..ku berserah padaMu..
Sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah kernaMu..
Didalam hatiku sentiasa bertasbih demiMu.

YaAllah Engkau berikanlah daku ketenangan..
Dalam pencarian cinta hakiki cinta abadi..
Yang tak bisa ku perolehi dari manusia didunia ini..
Hanya..CINTAMu yang bisa membahagiakan diriku..
Didunia dan di akhirat.




www.youtube.com

Wednesday, January 25, 2012

TERIMA KASIH BUAT KELUARGA ANGKATKU (AYAHBONDA)

Salam sejahtera buat ayahanda dan bonda..
Terima kasih menerima diri ini seadanya..
Rasa gembira tak terkira melanda jiwa..
Kerna ada yang sudi menjadi keluarga saya..
Anugerah tidak terkira buat insan seperti daku ini..
Tak pernah terlintas dihati di arena FB terjumpanya ayahbonda..
Kuasa tuhan tak siapa boleh dijangka mahupun diduga..
Kala hati masih teringat pada seorang ayah yang telah tiada..
Diri ini dikurniakan segera ayahanda tanpa disangka..
Walaupun yang datang tak sama dengan yang telah pergi kesana..
Tapi setidak-tidaknya ada juga penganti untuk dipanggil ayahanda..
Sekaligus bukan setakat dianugerahkan ayahanda  malah juga bonda..
Happy tak terkira kerna  kurnia Allah datang tiba-tiba..
Syukur ke hadrat Ilahi kerna daku dikurniakan  keluarga..
Terima kasih sekali lagi kerna sudi menganggap diri ini sebagai anakanda..
Satu negeri ..satu bendera...satu laluan..satu perjalanan tiba..
Terimakasih......wahai ayahbonda..

Nukilan: Seri Mersing / Suee

Sunday, January 22, 2012

SALAM SAYANG UNTUK ADIKKU DAMIA...

 

Salam adikku Damia...

Apakabarmu disana adikku..
Rindu membuai mesra diangin lalu..
Tentu dikau sedang sibuk melayani rutin harianmu..
Jangan dikau bersedih adikku...
Kakakmu tiada dilembaran FB hanyalah sementara..
Sehingga hati kembali pulih seperti sediakala..
Mengubat hati yang pilu tentu mengambil masa yang lama..
Kerinduan sudah pasti menjadi igauan kita adikku..
Yer sememangnya...kakak tiada adik kandung..
Kerna itu kakak menganggap dikaulah adikku..
Mia terima kasih kerna mengambil berat tentang diri ini..
Janganlah dikau bersedih hati lagi...
Kerna daku pasti adikku ini seorang yang cekal..
Secekal Saiditina Aisyah yang kita ketahui sejarahnya..
Seandainya rindu bertandang dihatimu adikku..
Singgahlah di laman blog ini untuk membayangkan daku ada disini..
Jagalah diri sepanjang kakakmu tiada dipersada FB..
Bila ketenangan telah daku perolehi..
Akan daku kembali menjenguk kawan-kawan termasuklah dirimu adikku..
Mia......terima kasih sekali lagi kerna sentiasa mengingati insan ini..
Daku terharu dengan keikhlasan dirimu...
Andainya dikau masih rindu akan diri ini...
Jenguklah diruangan ini kerna ia adalah sebahagian hidupku...
Rasanya sudah tiba masa daku mengundur diri..
Jagalah dirimu adikku baik-baik..
Itulah pesanan yang mampu ku katakan untukmu..
Daku sentiasa mengingatimu...insan yang ku anggap seperti adikku..
Dan ku doakan dikau sentiasa dilindungi Allah..
Selamat tinggal adikku sayang....
Tiba masa nanti daku akan kembali lagi..
Assallammualaikum...wahai adikku MIA.

( SERI MERSING / SUEE)

Saturday, January 14, 2012






 Itulah yang mampu ku lakukan demi kasihku ..
Sekadar melayang kata-kata rindu diangin lalu..
Tak bisa untuk mengapai , tak bisa menyentuhnya..
Kenyataan adalah cinta seperti diawangan..
Tak jejak dibumi terapung seperti tak bertali..
Sering terbayang tapi sekadar memerhati dikejauhan..
Tanpa dapata menjejaki jejak kasih yang dalam bayangan..
Kepingin hati tapi itu hanya ilusi..
Mungkinkah akan menjadi Realiti..?
Hanya Takdir Ilahi yg mampu merealisasi..
IMPIAN yang terkalung dibenak hati ini..
Sebelum diri semakin menghampiri saat-saat pergi..
Kala hati tersangkut di pisau belati..
Yang akan terus menikam lantas tak bisa melarikan diri lagi.

UNTUKMU KEKASIHKU



Andainya dikau tahu betapa daku amat menyayangimu..
Bukan hanya di hati tapi seluas alam terbentang jadi saksi..
Kita ditakdirkan bercinta ,kita ditakdirkan bermesra..
Tak mudah untuk daku lupakan semua yang penah kita rasa..
Kebahagiaan sering menjelma bila daku bersamamu..
Tapi mengapa akhir-akhir ini sengketa mudah menjadi bara..
Bara yang akan membakar seluruh jiwa yang pasti ada yang merana..
Membiaskan bahang kecewa antara kita berdua tanpa di duga..
Ternyata daku terlalu syangkan dirimu..takan mungkin dpt kulupakan..
Cinta yang membara buat daku bertahan tapi mampukah ianya kukuh..
Kepedihan sering menerjah kala daku terleka..
Buat hati terasa..air mata mudah menitis tanpa ku pinta..
Teryata daku tak mampu berpisah denganmu walaupun sesaat..
Itulah kenyataan yang daku amat  MENYINTAIMU...
Tiada 2 tiada 3..dihati ini.....HANYA DIKAU YANG SATU.



www.youtube.com
Kita ditakdirkan bercinta..
Tapi kita ditakdirkan terpisah jua...
Bagaimana harus ku lupakan dirimu..
Kerna kasih tercipta terlalu dalam di lubuk jiwa..
Bagaimana harus ku belajar melupakanmu..
Cintamu yang semakin mekar dihati ini..
Tak mampu ku lakukan walaupun dirimu merelakan..
Merelakan diri ini dimiliki oleh orang lain..
Pergorbananmu menyeksa seluruh tubuhmu..
Semua itu daku tahu tak perlu disembunyikan lagi..
Perpisahan pasti buat diriku dan dirimu..
Merindu diantara kita kerna kasih yang tercipta..
Mengapa tidak kita perjuangkan saja kasih ini..
Perjuangkan sehingga kita dapat bersama..
Menolak semua yang membebankan hidup kita..
Berakhir dengan cerita yang mengembirakan..
Tapi kita harus tempuhi jua halangan yang terbina..
Biarlah tubuh kita luka dan berparut menjela..
Asalkan kita tetap bersama  cinta kita.



www.youtube.com