Thursday, September 29, 2011

JANGAN ADA DUSTA DIANTARA KITA



Jangan ada Dusta diantara kita..
Dusta bisa merobek jiwa hingga bertinta didada buat selamanya..
Kesetiaan yang diharap bagi mengekalkan apa yang sedia ada..
Cinta tanpa ada rasa kesetiaan pincanglah harapan bahagia..
Cinta tak bermata bukan jadi dambaan buat segala.
Cinta Agung yang membibitkan rasa bahagia jadi intaian jiwa.


Jangan ada Dusta diantara kita..
Kerna dusta membawa bencana rosaklah jiwa serta butakan mata ..
Bukan itu yang diharap menjadi ikutan rasa..
Bukan itu yang diharap sepanjang masa mengikut jangkaan semata..
Kesetiaan menjadi taruhannya demi sebuah harapan belaka.
Kau dan daku dicipta mewarna cinta di alam maya.


Jangan ada Dusta diantara kita..
Jangan kau palingkan wajahmu kala berkata-kata..
Jangan kau dusta apa yang kau nyatakan segala..
Jangan kau iya segala yang melanda tanpa sebarang usaha..
Bukankah itu menjadi beban kita semua..
Kedaifanmu bisa melontarkan segumpal harapan didada.


Jangan ada Dusta diantara kita..
Mampu meminta hanya pada Yang Maha Esa..
Hanya padamu Yg Maha Esa ku hamparkan segala..
Bukan ku meminta perkara yang diluar kemampuan yang ada..
Cukuplah Dikau berikan daku dan dia sebuah taman BAHAGIA.
Buat kami disini merasa serta menjana selagi nyawa masih ada..


Jangan ada Dusta diantara kita ..
Jangan biarkan dia berdusta seperti tiada apa-apa.
Tak sanggup daku membicara segelup rasa curiga yang melanda didada..
Daku tak mampu berbuat apa-apa hanya dapat berserah segala..
Andai dusta yang tercipta buat kasih yang sedang hangat dirasa..
Pasti kecewa akan terasa hingga diri rasa tiada berguna..


Jangan ada Dusta diantara kita..
Andainya terjadi juga dugaan ini pasti hati parah terluka..
Apakah ini yang patut ku hadapi sebelum daku menutup mata..
Bahagia hanya sementara bukan untuk selamanya..
Bohongkah daku andai tidak kisah dengan apa yang datang melanda..
Daku hanya insan yang lemah tak daya mempertahankannya..


Jangan ada Dusta diantara kita.. 
Hanya padaMu daku bermohon penuh bermakna..
Tunaikan harapan yang masih tersisa..
Sebelum mata tertutup tinggalkan dunia fana..
Biarkan daku dan dia hidup gembira..
Jangan biarkan kami berdua berdusta mencipta sengketa..


Jangan ada Dusta diantara kita..
Ohhhhh Tuhan biarkan kami berdua hidup bahagia selamanya.........................

Tuesday, September 27, 2011

KATA-KATA BERMAKNA

 
Rindu sebenarnya tak pernah tidur sebab itu rindu sering hadir tanpa mengira waktu . Malam atau siang tak menjadi hal untuk rindu datang bertandang ke dalam jiwa. Rindu juga tiada mulut untuk menyatakan mengapa rindu itu menjelma. Rindu itu juga tiada mata untuk melihat samada yang dirindu ada didepan mata atau pun tidak. Rindu hanya dapat ditunjukkan oleh jasad insan itu sendiri..dengan kelakuan yg sentiasa gelisah tk menentu, makan tk lalu, tidur tk lena dan mandi tk basah. Andainya anda mengalami simptom seperti ini sudah sah itulah RINDU .
Bahayanya ORANG KETIGA dalam sesuatu perhubungan. Mereka ini ibarat duri dalam daging / gunting dalam lipatan.Putusnya kasih sayang selalunya melibatkan mereka ini. Selalunya mereka ini adalah orang yg paling hampir dalam mengetahui rahsia hidup kita bersama kekasih/keluarga. Ada juga yg datang dari jauh kemudian masuk dalam kelompok kita berpura-pura seolah mereka amat syang/setia/ikhlas untuk mendampingi kita. Kesempatan akan diambil bila kita di dalam bermasalah dengan orang yg tersayang..masa itulah die akan memainkan peranan menjalankan jarum hasutan atau menunggu peluang untuk memecahkan lg sesuatu hubungan yg sedia retak. Jadi waspadalah dengan orang sekeliling yg pd pandangan mata die amat baik dihadapan kita.
 
 
Sayanglah sahabat umpama kita sayangkan diri sendiri..mengapa harus begitu.? Kerna nilai persahabatan terlalu tinggi untuk kita cuba tafsirkan. Tanpa sahabat tk lengkap kehidupan seseorang itu umpama cincin dgn permata. Sahabat lebih setia dari seorang kawan. Kadang-kadang sahabat lebih setia dari kekasih kita sendiri. Sahabat juga kadang-kadangsanggup mati kerna sahabat.. Pernahkah kita sedar semua itu.. Bertuah andainya kita mendapat seorang sahabat...tk perlulah ramai cukuplah klu dapat seorang cuma.
 
 
Dalam percintaan tiada sempadan untuk menikmati keindahan percintaan itu. Baik cinta terhadap Allah..cinta terhadap Ibubapa(keluarga)..cinta terhadap kekasih. Semua itu menuntut pergorbanan.Pernah anda merasa nikmat cinta pd Pencipta..bila berdepan dengannya setiap waktu..membuat pertemuan 5 kali sehari..Indah rasanya bukan..seperti bersama seorang kekasih yg hebat sekali iatu Allah Yg Maha Esa. Pernahkah anda merasa perasaan cinta itu terhadap insan bernama kekasih..indah sekali perasaan itu..Tetapi ada juga insan yg tidak pernah merasa alam percintaan..dan sudah pasti tk dpt merasakan keindahan perasaan itu.
 




Sudah ku daki gunung yg tinggi sampai ke puncak kaki tergelincir..lalu terjatuh menuruni curam..terhempas lalu mematahkan seluruh anggota tubuhku hingga menjadi butir-butir pasir ditepian pantai..hanya semangat yg tinggal didasar curam tanpa mampu kembali meneruskan impian ke puncak...akhirnya hasrat terkubur bersama hati yg punah.



Kain sutera dibuat baju kaftan
Untuk dipakai dimajlis istimewa..
Kalau hidup tak berpandukan Al-Quran..
Meranalah hati meranalah jiwa




Kenyataan harapan terindah sudah ada dihadapan ttp mampukah daku mencapai harapan itu..harapan yg penuh dengan lambakan duri-duri ranjau ...yg bisa menikam diri ini..melukakan luka yg telah tersedia luka...luka akan bertambah parah ... andainya tersasar lalu daku rebah ....yg tinggal hanya kenangan terindah.
 




Sekeping HATI bukan untuk dilukai tapi untuk dijagai dengan kasih sayang..
Sekujur JASAD bukan untuk dikasari tapi untuk dibelai dan dimanja.
Setiap PENGORBANAN bukan untuk dikhianati tapi untuk dibawa ke syurga.
Setiap PERNIKAHAN bkn untuk dibuat mainan tapi untuk lengkapkan fitrah manusia .
 





Berdiam diri lebih baik dari bersuara..kerna bila bersuara yg rumit bertambah rumit..kadang-kadang pengunduran perlu dibuat untuk meredakan apa yg meruncing ,terbelit dan tersimpul rapi. Pasti ada yg kecewa...tp kadang-kadang itulah jln yg terbaik setakat ini..jalan yg paling mudah...melarikan diri dr suasana yg memeritkan..umpama senyap sepi dipadang gurun yg tandus...
 




Indahnya alam andai bunga jadi penyerinya..
Indahnya dunia andainya malam sentiasa bercahaya...
Indahnya cinta andainya kesetiaan jadi keutamaannya..
Indahnya wanita andainya berbudi bahasa jadi amalannya..
Indahnya kehidupan andainya agama jadi pegangannya.




Malu biar bertempat..malu sifat yg mulia andai faham istilahnya..Malu melakukan dosa adalah wajar dan kena pd tempatnya..tetapi malu kerna bertanya untuk memperbaiki diri adalah malu yg tidak sepatutnya ada di dalam diri. Tepuk dada tanyalah iman...






Jangan melenting bila ditegur dengan nada lembut..tp melentinglah andai ditegur dengan cara biadap..melentinglah andai rasa teguran itu satu penghinaan tp menerimalah dengan tenang andainya teguran tersebut ke arah kebaikan.Hanya yg buta hati saja tk dapat menilai yg mna satu teguran baik atau tidak. Melenting tk tentu pasal.
 





Masa yg tinggal sedikit ini..akan daku hargai sampai bila-bila..andai ditakdirkan masa yg berharga ini sampai disini saja...akan kusimpan dengan kemas dilipatan memory buat kenangan abadi..walaupon cuma seketika masih dapat dirasai kemanisannya..umpama melihat bunga berkembang hati gembira sekali.
 






Sabar sifat yg paling mulia..tanpa kesabaran tak bisa sesuatu itu dapat diselesaikan dengan sempurna..kesabaran juga membuatkan seseorang itu dihargai oleh orang lain. Kesabaran bisa merobohkan benteng kedengkian dan kejahatan orang lain terhadap diri seorang penyabar. Kesabaran juga tunggak kejayaan cinta berakhir kejinjang pelamin..Kesabaran juga bisa melembutkan hati insan yg sekeras batu menjadi cair secair air batu di atas bara.






HATI tak pernah bersuara..HATI hanya memendam rasa..kala sedih..kala gembira. HATI hanya dibantu oleh suara dr mulut untuk menyampaikan isi dalam Hati. HATI tak bisa berdusta seperti mulut yg sentiasa berkata-kata mengikut kesedapan ia berkata. HATI juga tempat tersimpan rasa CINTA yg terjalin diantara manusia. Dari HATI juga bisa merapatkan jalinan kasih antara Dua jiwa antara Teruna & Dara. HATI juga tempat kita manusia memulakan NIAT atau sebarang perkara. Rosak HATI maka celarulah Jiwa manusia itu...kerna itu jagalah HATI yg satu ini demi diri sendiri. Berikanlah HATI itu rasa yg baik2..agar HATI akan terus Mekar, Sihat untuk selamanya. 






Sendirian bukan bermakna hidup seorang diri semata2..ttp sendirian bermakna tidak mahu terikat dengan sesiapa buat sementara..Kadang2 sendirian biasa menyenangkan diri kerna bila sendirian hati tk perlu memikirkan hal lain maka jiwa akan rasa tenang & lega..Tak salah sendirian andainya tujuan itu untuk kebaikan. Kdg2 dalam merapatkan diri pd kekasih HATI iaitu Allah..seseorang perlu sendirian mengadap Penciptanya . Jadi tk perlu digusar andainya diri terasa sendirian. Tapi sendirian itu satu keburukan andainya ia membawa kehancuran jiwa membuatkn diri merana. Gunakan sendirian itu dengan sebaik-baiknya.





Ketenangan mampukah dicapai andainya kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya. Berharap ia datang sendiri bergolek pd kita ,bukanlah cara yg sepatutnya kita lakukan dan kita nantikan..Dekatilah diri pd yg Esa..kerna semua ketenangan hanya datang dariNya. Kesungguhan mendekati..mencintai.. menghambakan diri pd yg Esa adalah yg terbaik yg harus kita lakukan..Kita hanya hamba yg lemah dari segalanya. Ubat penenang dari dunia hanya untuk sementara tapi ketenangan dari Yg Maha Esa tenang untuk selamanya. Selagi kita tidak menjauhkan diri serta sentiasa mengingatiNya. Insyaallah KETENANGAN PASTI ADA.
 




Lemahnya diri bukan kerna tidak makan..ttp lemahnya diri kerna kurangnyaa semangat jati diri. Jangan jadikan alasan lemah untuk tidak berbuat apa-apa..tapi bila di dalam diri ada kelemahan dekatkan diri pd Yg Maha Esa..berdoalah mohon diberi kekuatan diri ..kemudian kuatkn azam untuk bangun dari kelemahan dan seterusnya memantapkan diri semula ..UMPAMA BARU BANGUN DARI TIDO YG LENA...BANGUN CERGASKAN DIRI SERTA MINDA. Barulah apa yg dihajati akan dapat diperolehi setelah singkirkan kelemahan yg bertakuk di dlm diri.






Tiada kesetiaan tiadalah kebahagiaan..tiada rasa hormat tiadalah jalan penyelesaian..Hanya perpisahan jalan terhormat..Yang tersingkir perlu menghayati mengapa ini terjadi..dan yg menyingkir perlukan harga diri demi sebuah nama maruah diri...
 





Jangan dikejar bayangan yg tk pasti..tp kejarlah sesuatu yg sudah pasti dpt digengam . Dibawa bersama hingga ke alam syurgawi..impian terlaksana seperti yg diimpi.....





Andainya kawan membenci kita..balaslah mereka dengan kasih sayang..
Andainya kawan suka melukakan hati kita...balaslah dengan menghiburkan mereka..
Andainya kawan ragu-ragu tentang kita..balaslah mereka dengan keyakinan..
Andainya kawan berputus asa...berikan mereka sokongan padu ..
Andainya kawan bersedih duka.. berkongsilah segala dengan mengembirakan..
Andainya kawan didalam kegelapan ...kita bawalah cahaya bg meneranginya.
 





Orang yg bersifat PEMAAF adalah orang yg termasuk dlm golongan insan yg berjaya menahan nafsu AMARAHNYA terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan sakit hati. Insan pemaaf ini bebas dari buruk sangka pd orang lain. Tetapi insan pemaaf ini sering menjadi bahan mainan insan lain. Mereka merasa yg insan pemaaf ini akan sentiasa maafkan kesalahan orang lain apabila kesalahan dilakukan terhadap insan pemaaf ini..Bukan senang mencari insan PEMAAF dlm dunia ini...dari 100 orang hanya 10 saja yg mampu dikategori INSAN PEMAAF.



    







C.I.N.T.A manusia memang mengasyikkan sering dibuai hingga ke alam nirwana..hingga terlupa andainya terluka/kecewa pedihnya bagai dihiris sembilu serta bisa ditikam kaca..Hati terluka sukar untuk disembuh lagi mengambil masa..Jasad terkulai tidak bermaya akhirnya diri menjadi umpama mayat yang bernyawa...
 






Bingung adalah satu masalah mental yg sering dihadapi setiap insan dimuka bumi ini. Mengapa ia terjadi..kerna manusia ini tk sempurna ciptaannya sebb itu kekuatan dalam mengawal pemikiran tidak dapat dibuat 100 peratus. Bila BINGUNG... manusia tidak nampak jalan untuk mengatasi masalah bingung itu. Kadang-kadang BINGUNG juga boleh menyebabkan manusia itu berada di dalam dunia khayalan.. kadang-kadang BINGUnG yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu  kelihatan seperti orang bodoh. Jadi jalan penyelesaian dan usaha kena sentiasa mengingati Allah Berzikir banyak-banyak demi membantu hati dan pemikiran dari dirasuki oleh makhluk halus penyebab manusia itu bingung .Moga-moga penyakit bingung ini dapat diatasi melalui resapan ROHANI dalam diri..Insyaallah..


















Thursday, September 15, 2011

CINTAKU MEKAR KEMBALI



Sayang ..
Andainya dikau tahu engkaulah insan yang paling ku sayang..
Tanpamu daku rasa resah tak menentu..
Tanpa kelibatmu diri menjadi sendu selalu..
Tanpa suaramu daku menjadi rindu tak menentu..

Sayang..
Daku tahu cintamu suci..
Sesuci embun pagi yang menitis didedaun sepi..
Kasihmu bisa membuat daku rasa bahagia tidak terkata..
Cintamu membuat daku terawangan umpama di syurga..

Sayang..
Terima kasih kerna kau menyintai diriku seadanya..
Tak bisa daku membalas atas semua kasih sucimu itu..
Tak ku sangka kau bisa membuka pintu hatiku selama ini..
Yang pasti kau adalah lelaki yang kini bertahta di hati..

Sayang..
Walaupun hubungan ini tidak pasti kemana ia pergi..
Kau masih bertekad untuk menjadikan ianya satu Realiti..
Impianmu terlalu tinggi buat daku rasa dihargai..
Tanpa pendirianmu semua ini takan bisa terjadi.

Sayang..
Daku terlalu menyayangi dirimu..
Entah mengapa kehadiranmu membuatkan daku rasa Cintamu cinta sejati..
Belum pernah ku rasa perasaan ini seperti diambang wati..
Syurga harapanku menanti di sana nanti itu yang pasti.

Sayang..
Daku berharap cinta kita akan dapat bersatu hingga kemati..
Daku berharap Allah memberkati cinta suci ini..
Daku tak rela andainya kita berpisah hingga membawa diri..
Membawa hati yang lara jauh dari kepedihan yang hakiki.

Sayang..
Mampukah daku hidup tanpamu nanti..
Tanpa cinta yang mekar dihati dipaksa bertukar ganti..
Tanpa rela daku terpaksa turuti demi sebuah penghormatan abadi..
Seorang ibu yang palingku kasihi.

Monday, September 5, 2011

MADAH-MADAH CINTA

Sukarnya untuk daku nyatakan yang daku menyintaimu..kerna bila daku memandang wajahmu jantungku berdegup kencang dengan laju...lantas menghentikan suara ini dari berkata DAKU CINTA PADAMU..tak pernah daku meminta tak pernah daku bayangkan semua itu. Kau bakal menjadi milikku selamanya dijiwaku. Andainya kau tahu apa yang berlaku...senyumlah selalu tanda kau telah tahu..isi hatiku yg terbuku.. Terima kasih kerna kau hadir tika diri ini memendam pilu..
 
 
 
YaAllah ..daku tercari-cari sinar cintamu yg sebenar..CINTA HAKIKI yang Engkau miliki bukan senang untuk daku perolehi..Engkau berikanlah sinaran RahmatMU serta HidayahMU terhadap diriku hambamu yg lemah..CINTAMU amat Agung tk bisa disaingi oleh manusia...YaAllah kau tunjukkanlah daku jalan menuju kepadaMU..jangan Engkau lekakan diriku..sesunguhnya daku merindui Rahmat dariMU...untuk meneruskan sisa-sisa hidupku di alam maya ini..YaAllah Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..amin.
 
 
 
 
 
 
 
Apakah yang kucari selama ini sebenarnya...kerna semakin lama semakin jauh hati ini dari huluran kasih yang tak pernah jemu dan tak pernah ada kesudahan untuk terus menghulurkan bunga-bunga kasih..kejamkah atau butakah mataku untuk menilai huluran itu yang kelihatan ikhlas dari hati nurani..mengapa hati terus menyepi dari menerima keikhlasan yang tak mungkin aku perolehi nanti..dan tak mungkin dimiliki oleh orang lain.Walaupun ku cari selautan manusia yang menghuni muka bumi ini....gengamlah jangan biarkan ia terlepas dari gengaman...



Telah ditakdirkan kau diciptakan untuk ku..dan aku diciptakan untuk mu..bersatu di atas singahsana menjadi Raja Sehari ..melayari kehidupan di alam ini...melengkapkan kehidupan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW...seterusnya menjadi hamba yg taat pada perintah Allah Yang Maha Esa. Tak mampu kita menolak kejadian yang ditakdirkan untuk kita...



Telah kugengam sebutir permata..tetapi mengapa masih tercari-cari lagi batu permata lain..apakah tak nampk sinar permata yang ada digengaman..atau belum masa permata itu bercahaya lalu membakar hati yg kelam ini bagi memberi cahaya nur kebahagiaan..atau permata yang digengaman sebagai satu dugaan untuk melihat sejauh mana ketabahan yang harus dihadapi sebelum menemui titik-titik penamat perjalanan yang kudus ini.



Dua kawan bernama SAHABAT & CINTA....satu hari mereka berdua berjalan ditepi jalan raya...tiba-tiba siCINTA jatuh kedalam longkang besar. Bila SAHABAT nampak dia terus terjun selamatkan CINTA. Lalu SAHABAT bertanya kenapa boleh jatuh..?? CINTA menjawab sebab dia BUTA. Manakala CINTA bertanya pada SAHABAT kenapa selamatkan dia..?? SAHABAT menjawab..seorang SAHABAT takan biarkan kawannya cedera atau jatuh..kerna itulah sikap SAHABAT...jadi renung-renungkanlah..pilihlah yang mana satu..CINTA buta atau SAHABAT penyelamat.



Daku percaya suatu hari nanti engkau akan mengerti isi hati ini...
Bahawa cintaku ini takan mati...akan ku coba bertahan demi cinta sejati ...
Sesungguhnya impian yg diharapkan terkubur tidak pernah tertunai hingga kini..
Kepasrahan kuhulurkan demi sebuah percintaan yang tulus & abadi..
Andainya daku pergi dulu..sematkan didadamu yang daku pernah hadir disisi..
  
 
 
Andainya lelaki tahu..dalam hati seorang wanita ada sekeping hati yg begitu lembut dan halus..sekeping hati yg ingin dikasihi bukan diminta ditatang seperti minyak yg penuh..cukuplah sekadar diberi perhatian dan kasih sayang..
Andainya lelaki tahu..naluri seorang wanita ingin dibelai dan dimanja bukan dilambakkan dengan harta didepan mata.
Andainya lelaki tahu..wanita ada rasa syahdu untuk didengari keluh kesahnya dan sering ingin ditemani kala kesunyian melanda.
 
 
 
Daripada sujud kaki kekasih memohon dicintai..., baik sujud kpd Allah
Daripada cium kekasih tanda sayang... , baik cium Tikar Sejadah...
Daripada pegang tangan kekasih tanda pasangan romantis..., baik Pegang Al-Quran.
Daripada menangis untuk kekasih tanda setia, baik mnangis mmohon Ampun drpd Allah.
Daripada peluk kekasih tanda rindu, baik peluk Mak dan Ayah.
Daripada kejar CINTA MANUSIA..lebih baik kejar ALLAH (CINTA YG ABADI)syurga.
 

 
 
 

 
 
 
Pagi yg selembut bayu menikam kalbu..Membisik padaku rindu yang sering bertamu..
Meleret dihati bagaikan sesejuk salju..Membeku menjadi daging yang keras membatu.
Membungkas langkah lalu terus maju..Membina harapan yg semakin kelabu.







YaAllah..
Seksanya hati ini merindu pada yang telah pergi..
Pergi yang tak akan kembali pada diri ini..
Perginya bersama hati ini.
Hati ini telah dikunci olehnya..
Tak mungkin aku mampu membukanya..
Rindu itu datang lagi..
Ingin ku lari membawa diri...jauh..jauh..jauh
..
Agar rindu tidak terus menghimpit hati ini..kala kesunyian..
 
 
 
 
Hanyut kasih bertampan perahu..perahu dimudik si jejaka tampan..hati sepi tiada siapa yang tahu..hanya berteman bulan diawan..bulan merajuk pungguk memujuk..pungguk layu didalam sangkar..hidup tak perlu selalu merajuk..kelak jiwa hilang disambar.
 
 
 
 
Mengapa ada dia diantara kita..bukankah mudah jika hanya kita berdua..dilema dapat dilontarkan jauh ..mudah kita hidup bahagia..tapi yang datang dugaan semata..tempuhi jua walaupun hati derita. Bahagia yang diharap bencana yang menimpa. Patutkah terima dengan rela..tanpa ada untaian kata keluar dari jiwa. Mereka yang melihat nampak kita bahagia..tetapi sebenarnya kita merana dan derita.