Monday, February 28, 2011

RINDUKU PADA ARUAH ABAHKU

Assalammualaikum................
tika ku menjejakkan kaki ke tanah perkuburan..
mata ku tercari-cari tempat yang ingin ku tujui..
tempat yang mengamit kepiluan dan kerinduan..
pada seseorang yang amat ku sayangi..

Terpaku mataku merenung ke satu arah..
kesayuan menerpa ke dalam dada..
dengan perlahan ku melangkah kedepan..

ASSALAMMUALAIKUM ......ABAH....
ku bentangkan tikar lalu ku duduki..
bersila sambil membuka yasin..
Al-Fatehah ku dulukan sebelum ku teruskan dengan Yassin..
selepas itu ku taburkan bunga di pusara abah..
berlinang air mata kuseka dengan hujung baju kurungku..
ABAH betapa anakmu begitu merindui dirimu..
kau insan yang paling penyayang dan memahami diri ini..

Terimbas kenangan semasa kecilku..
di waktu pagi abah lah insan yang paling sibuk sekali..
diwaktu sekolah...siap mengejutkan kami adik beradik..
sarapan abah yang sediakan..
itulah KEISTIMEWAAN ABAH di mataku..
kau umpama PERMATA di jiwaku.


Semua itu telah berlalu pergi..
yang tinggal cuma kenangan tak mudah tuk dilupakan..
abah adalah ABAH YANG TERHEBAT DI DUNIA INI..

Ku kalungkan sebuah doa tuk mu abah..
moga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Amin......

Abah....anakmu ingin pulang...
semadilah abah di sini...
suatu hari nanti anakmu juga akan disemadikan disini..
hanya Allah yang maha mengetahui..
yang pasti kerinduan padamu ABAH telah terubat..


Ku gulung tikar ....lalu kupautkan ditanganku..
ku melangkah dengan penuh kesyahduan..
ABAH selamat tinggal..nanti anakmu akan kembali
untuk sedekahkan lagi ayat-ayat suci buatmu..


Abah kau tetap di hatiku......
sambil berlinang air mata ku menuju keluar ...
keluar dari kawasan itu..
pastinya aku juga akan kesini jua..
cuma masa yang belum pasti..








RINDU ITU BUKAN MILIKKU LAGI..

Kerinduan yang kau hulurkan bukan milikku lagi..
kerna ianya umpama mimpi dalam mimpi..
datangnya umpama kabus yang menyelubungi pagi..
hilang entah kemana dipancar oleh sinar mentari..
kerinduan yang mengubat luka di hati..
berhenti seketika air mata dari terus mengalir..
membahagiakan diri ini walaupun belum hakiki..
tapi kini kerinduan itu tk bisa lagi aku miliki..
lantaran ia penuh dengan rahsia yang penuh misteri..
membuatkan hati semakin terasa dilukai..
aku tak bisa lagi tuk menahan air mata terus mengalir kembali..
kini air mata bergugur kembali menghadapi kehidupan kini..
umpama kelopak bunga yang yang dicarikkan oleh jari..
kerna itulah yang harus aku hadapi sekrng ini..
HADAPI KENYATAAN YG RINDU ITU BUKN MILIKKU LAGI.......




Thursday, February 24, 2011

KELIRU DENGAN DIRI SENDIRI

Bila CINTA BARU  mekar dalam jiwa sesudah kecewa..
kita cuba menolaknya jauh kerna FOBIA akan akibatnya..
kita cuba nafikan dengan melafazkan dimulut  TAK SUKA...
tp kenyataan di hati BERBUNGA CINTA ,hati tk dpt berdusta.

Wednesday, February 23, 2011

AKU TAK MAMPU TERSENYUM LAGI



Malam yang dingin..
Daku disapa oleh desiran angin ..
Yang berhembus lembut..
Sambil melangkah kaki..

Menghayun tubuh badan yang longlai..
Sepanjang penjuru lorong kecil..
Sambil menundukkan kepala..
Seperti  berjalan umpama insan kecewa.

Berjalan sedemikan rupa...menunduk kepala..??
Dengan linangan air mata jatuh kebawah ..
Yang tak mampu daku tadah ..
Seolah-olah dunia penuh duka nestapa..

Yang bersalut di jiwa, bersarang di dada..
Diri berjalan dengan penuh kecewa dan derita..
Kecewa yang tak akan mampu untuk diubati..
Oleh luka- luka yang bernanah..

Terusan merebak mengambus seluruh jiwa..
Membuatkan daku tak mampu tersenyum semula..
Apakah daku akan terus sedemikian rupa..
Menjadi insan seperti mayat  yang tidak bermaya.


Tuesday, February 22, 2011

Kau hadir ketika ku ingin lupakanmu

Tidak ku sangka kita bertemu jua..
bertemu tika engkau sudah berpunya..
tika ku sedang menjahit haty yg terluka..
luka yang hampir sembuh berdarah semula. 


Sunday, February 6, 2011

Bukan ku tak mahu bukan ku tak sudi..
Biarlah daku berfikir dulu mengenal diri..
Menjana hati melembutkan sanubari..
untukku menilai kesuaian diri untuk dikasihi..

Cintaku ibarat sebutir mutiara dilautan sepi..
Semakin cuba dicari dan didekati semakin sukar dihampiri..
Bukan senang untuk menyelami lautan dalam lagi sepi..
Kalau hanya berbekal sekeping hati yang nipis dan kerdil.

LENYAPNYA SEBUAH SENYUMAN

Tiada makna lagi senyumanku seperti selalu..
Tiada makna lagi gelak tawaku menceriakan waktu..
Semua tidak bermakna lagi sekarang ini buatku..
Kerna semua kegembiraanku dibawa pergi angin lalu..

Angin kau memang cemburukan kebahagianku
Tega sungguh kau merampasnya dari aku..
Sedang aku diulit kebahagiaan yang syahdu..
Kau datang tiba2 mengambil apa yang kau mahu..

Kau kejam..kau kejam.........

AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG



Aku yang kau panggil sayang..
menerpa hati ku mencari kasih..
Aku yang kau panggil sayang..
membuat hatiku menjadi cair..

Andai kau yang menjadi kekasihku..
akanku letakkan namamu disudut hatiku..
andainya kau benar-benar ingin bersatu..
nyatakanlah wahai pujaan hatiku..

Usah pernah dikau sangsi..
Segala yang berada dihati ini..
Semua ikhlas lagi jujur termetri..
Pecayalah sayangku hanya untukmu.

Siang malam daku merindumu..
Mengalir airmata setiap waktu..
Kala teringat panggilan sayang darimu..
Buat hati rasa sayu dan pilu..

Hadirlah sayang hadirlah kasih..
Dampingilah diri ini semahumu..
Kerna daku adalah milikimu..
Tiada yang mampu menghalangnya.

 

Saturday, February 5, 2011

Bukan mudah untuk menciptakan kebahagiaan..
Bukan mudah untuk melenyapkan kedukaan..
Bukan mudah untuk melupakan kenangan..
Bukan mudah untuk menerima insan lain.


Kecewa..kecewa..lumrah dunia bila bercinta..
Apa yang dirasa boleh menikam jiwa raga..
yang terluka rasa tertekan hingga ada yang gila..
Percaturan cinta tak semestinya membawa bahagia.
Kecantikan yang sejati dan hakiki terletak di HATI..
Baik di hati cantiklh diluar..buruk di hati hilanglah seri..
Walaupun cantik di luar tapi berkarat penuh hasad dengki..
Kecantikan itu akan pudar jua oleh keangkuhan diri..


Aku ditakdirkan bukan untuk mu..
Kau ditakdirkan bukan untuk ku..
Kita ditakdirkan untuk bersama insan lain..
Itu yang Allah tentukan..kita harus yakin.

AKU CUMA SEORANG GADIS







Ku berpaling bukan kerna ku membencimu
Ku berpaling kerna memberi ruang padamu
Ruang untuk mengenal erti sebuah ikatan yg padu
Yang belum tentu membawa erti buatku..

Tak perlu kau pertikaikan..tak perlu...
Biarkan perpisahan yang menentukan semua itu..
Perpisahan akan membuatkan kau berfikir jitu..
Usah kau sedih usah kau ragu..

Apa yang kuluahkan semuanya benar dan jitu..
Itu yang kau harus faham dan tahu..
Itulah aku..gadis yang kau buat tidak tahu..
Gadis yang pernah bertamu di Hatimu.

Biarlah kau merenungku dari jauh...
Supaya kau tahu kejauhan bisa membuatkan kau resah..
Resah mengingati diriku yang tk pernah kau hargai dulu.
Biarkan kau terus dilambung angan tak sudah ..